Saturday, 24 February 2018

Mengenali Duta Premium Beautiful Fazura


Apa yang mendorong Fazura untuk terima tawaran menjadi Duta kami?


Jawapan Fazura yang cantik jelita ni :

Apabila saya menerima sesuatu tawaran untuk menjadi duta produk, saya akan berfikir dulu dengan mengkaji latar belakang syarikat tersebut, especially dari segi reputasi, kualiti produk, rancangan masa hadapan mereka serta keterlibatan mereka dalam program kebaijkan & kemasyarakatan.


Saya tak mahu terburu-buru kerana ingin berikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang dilakukan.


Sebagai duta syarikat, saya adalah sebahagian dari syarikat tersebut. Maka, saya perlu pastikan bahawa saya mewakili syarikat yang berwibawa & berhemah.

Secara peribadi, syarikat yang berprestasi tinggi dan aktif dalam aktiviti kebajikan sangat menarik hati saya. Maka, ciri-ciri yang saya sebutkan tadi perlu dititikberatkan. Dan saya akan pastikan mereka memenuhi kriteria yang saya sebutkan sebelum saya terima tawaran mereka.


Saya teruja bila mengetahui majoriti usahawan SHOM adalah wanita. Ramai usahawan wanita yang berjaya mengubah kehidupan dan dapat tingkatkan taraf ekonomi mereka bila menjadi usahawan SHOM. Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.


Saya sangat tertarik dengan program memperkasakan wanita yang dijalankan syarikat. Hingga berjaya memperoleh ANUGERAH CSR PERDANA MENTERI di bawah kategori Memperkasakan Wanita daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Selain itu, syarikat ini unik kerana ia satu-satunya syarikat yang mengisytiharkan cuti khas kepada semua kakitangan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia! Secara ringkasnya, saya melihat Sahajidah Hai-O Marketing sebagai syarikat Dinamik dan Exciting kerana didominasi oleh generasi muda.


Ramai yang ingin tahu tentang peranan dan penglibatan Fazura sebagai Duta Sahajidah Hai – O Marketing.


Jawapan Fazura paling manis ni :

Saya kini terlibat dalam kerja-kerja mempromosikan Produk Min Cha dan koleksi kasut dan beg tangan di bawah jenama Infinence untuk product premium dan lifestyle Sahajidah Hai-O.


Selain itu, promosi produk lain akan menyusul. Seperti siri pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful, produk makanan dan minuman kesihatan dan penjagaan diri.


Sebagaimana diketahui ramai, saya juga usahawan. Jadi, saya gembira dapat bekerjasama dengan Usahawan Sahajidah Hai-O selain berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan saling memberikan motivasi supaya kita sama-sama berjaya dalam bidang keusahawanan.

Saya juga berharap dapat berkongsi kisah pengalaman saya sebagai usahawan dan turut dapat belajar dengan usahawan SHOM tentang strategi dan teknik perniagaan yang kontemporari dan berkesan.


Menjadi duta kebajikan adalah suatu pengalaman baru buat saya jadi, saya teruja untuk memberikan yang terbaik sebagai duta kebajikan dan menjayakan aktiviti kemasyarakatan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Haa ni antara gambar-gambar best sepanjang sesi Meet & Greet bersama Fazura.


Event Meet & Greet with Fazura ni by invitation sahaja. Sempena majlis rasmi memperkenalkan Fazura sebagai Duta Premium Beautiful. Ehh, paling tepatnya – Duta Syarikat.


Bertempat di One World Hotel. Alaa hotel yang betul-betul sebelah One Utama tuu.


Sambil tu ada official launch our new product, Min Cha Tea nama dia. Teh ni teh favourite Fazura. Mula-mula tak berapa berkenan jugak dengan Teh Hitam bergaram buluh ni, tapi Hani percaya setiap produk yang syarikat keluarkan semuanya pasti melalui proses R&D terbaik. 

Daann, bila dah mula rasa, terus jatuh cinta! Rasa Min Cha Milk Tea  memang lemak berkrim tapi sangat berkhasiat especially untuk golongan yang high-cholesterol.

Nak FREE SAMPLE, boleh cari Hani eh! ;)


Eh, bukan Fazura je tapi Alvin Chong pun ada! Sebelum-sebelum ni Hani just dengar je drama si Alvin dengan Emma Maembong tu tapi tak pernah pulak terjebak tengok. Bukan apa sebab memang Hani takde tv kat rumah. Time tu asal scroll je timeline fb confirm nampak gambar deme ni orang upload. Lepas deme, deme lagik! Adoiii. Tapi kan tapi kan, dua-dua ketul ni kiut teruks! Eh, korang, couple je laa bebetul haaa!


Cantik jelita sungguh Fazura ni haa depan-depan mata dah macam barbie doll!


Majlis rasmi perlantikan Fazura sebagai Duta Syarikat yang sangat kukuh di pasaran. Sungguh laa Fazura ni intelligent! Sebab bukan sebarangan syarikat je tapi syarikat gergasi yang banyak menyumbang pada aktiviti kemasyarakatan jugak yang beliau pilih.



Don’t worry Fazura, We love you! Selamat datang ke dalam keluarga kami. This is the proof that this company memang kukuh lagi stable untuk dinaungi sebagai usahawan sebab semakin banyak nama-nama besar baik dari dalam negara mahupun dari luar negara mula melibatkan diri untuk sama-sama membangun bersama syarikat. Antaranya Datuk Jimmy Choo, Rizman Ruzaini dan hari ini, Fazura!


2 NOVEMBER 2017 adalah tarikh keramat Fazura bergelar duta kami!

Okay you ols, till then! Sampai sini je kisah perlantikan duta syarikat kita yang baru - Miss Fazura.


Oooh yesss, special buat you ols yang berminat nak belajar untuk mulakan biz, sangat-sangat disarankan agar jual produk orang dahulu. Ambil pengalaman & timba ilmu seluasnya sebelum plupp melompat ke title 'founder'.

In sya Allah Hani & team bersedia untuk bantu you ols supaya suka & faham dengan jelas perjalanan biz ni macam mana. Bear in mind, kejayaan perlu proses, dan timeline proses tu depends on you ols punya komitmen okeh. Jangan lah pulak expect cepat sangat dapat result yer.

Paling penting, MULAKAN SEKARANG dan TERUS BUAT TANPA NANTI sampaaai mendapat.

in sya Allah ;)


No comments:

Post a Comment