Saturday, 24 February 2018

Mengenali Duta Premium Beautiful Fazura


Apa yang mendorong Fazura untuk terima tawaran menjadi Duta kami?


Jawapan Fazura yang cantik jelita ni :

Apabila saya menerima sesuatu tawaran untuk menjadi duta produk, saya akan berfikir dulu dengan mengkaji latar belakang syarikat tersebut, especially dari segi reputasi, kualiti produk, rancangan masa hadapan mereka serta keterlibatan mereka dalam program kebaijkan & kemasyarakatan.


Saya tak mahu terburu-buru kerana ingin berikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang dilakukan.


Sebagai duta syarikat, saya adalah sebahagian dari syarikat tersebut. Maka, saya perlu pastikan bahawa saya mewakili syarikat yang berwibawa & berhemah.

Secara peribadi, syarikat yang berprestasi tinggi dan aktif dalam aktiviti kebajikan sangat menarik hati saya. Maka, ciri-ciri yang saya sebutkan tadi perlu dititikberatkan. Dan saya akan pastikan mereka memenuhi kriteria yang saya sebutkan sebelum saya terima tawaran mereka.


Saya teruja bila mengetahui majoriti usahawan SHOM adalah wanita. Ramai usahawan wanita yang berjaya mengubah kehidupan dan dapat tingkatkan taraf ekonomi mereka bila menjadi usahawan SHOM. Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.


Saya sangat tertarik dengan program memperkasakan wanita yang dijalankan syarikat. Hingga berjaya memperoleh ANUGERAH CSR PERDANA MENTERI di bawah kategori Memperkasakan Wanita daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Selain itu, syarikat ini unik kerana ia satu-satunya syarikat yang mengisytiharkan cuti khas kepada semua kakitangan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia! Secara ringkasnya, saya melihat Sahajidah Hai-O Marketing sebagai syarikat Dinamik dan Exciting kerana didominasi oleh generasi muda.


Ramai yang ingin tahu tentang peranan dan penglibatan Fazura sebagai Duta Sahajidah Hai – O Marketing.


Jawapan Fazura paling manis ni :

Saya kini terlibat dalam kerja-kerja mempromosikan Produk Min Cha dan koleksi kasut dan beg tangan di bawah jenama Infinence untuk product premium dan lifestyle Sahajidah Hai-O.


Selain itu, promosi produk lain akan menyusul. Seperti siri pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful, produk makanan dan minuman kesihatan dan penjagaan diri.


Sebagaimana diketahui ramai, saya juga usahawan. Jadi, saya gembira dapat bekerjasama dengan Usahawan Sahajidah Hai-O selain berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan saling memberikan motivasi supaya kita sama-sama berjaya dalam bidang keusahawanan.

Saya juga berharap dapat berkongsi kisah pengalaman saya sebagai usahawan dan turut dapat belajar dengan usahawan SHOM tentang strategi dan teknik perniagaan yang kontemporari dan berkesan.


Menjadi duta kebajikan adalah suatu pengalaman baru buat saya jadi, saya teruja untuk memberikan yang terbaik sebagai duta kebajikan dan menjayakan aktiviti kemasyarakatan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Haa ni antara gambar-gambar best sepanjang sesi Meet & Greet bersama Fazura.


Event Meet & Greet with Fazura ni by invitation sahaja. Sempena majlis rasmi memperkenalkan Fazura sebagai Duta Premium Beautiful. Ehh, paling tepatnya – Duta Syarikat.


Bertempat di One World Hotel. Alaa hotel yang betul-betul sebelah One Utama tuu.


Sambil tu ada official launch our new product, Min Cha Tea nama dia. Teh ni teh favourite Fazura. Mula-mula tak berapa berkenan jugak dengan Teh Hitam bergaram buluh ni, tapi Hani percaya setiap produk yang syarikat keluarkan semuanya pasti melalui proses R&D terbaik. 

Daann, bila dah mula rasa, terus jatuh cinta! Rasa Min Cha Milk Tea  memang lemak berkrim tapi sangat berkhasiat especially untuk golongan yang high-cholesterol.

Nak FREE SAMPLE, boleh cari Hani eh! ;)


Eh, bukan Fazura je tapi Alvin Chong pun ada! Sebelum-sebelum ni Hani just dengar je drama si Alvin dengan Emma Maembong tu tapi tak pernah pulak terjebak tengok. Bukan apa sebab memang Hani takde tv kat rumah. Time tu asal scroll je timeline fb confirm nampak gambar deme ni orang upload. Lepas deme, deme lagik! Adoiii. Tapi kan tapi kan, dua-dua ketul ni kiut teruks! Eh, korang, couple je laa bebetul haaa!


Cantik jelita sungguh Fazura ni haa depan-depan mata dah macam barbie doll!


Majlis rasmi perlantikan Fazura sebagai Duta Syarikat yang sangat kukuh di pasaran. Sungguh laa Fazura ni intelligent! Sebab bukan sebarangan syarikat je tapi syarikat gergasi yang banyak menyumbang pada aktiviti kemasyarakatan jugak yang beliau pilih.



Don’t worry Fazura, We love you! Selamat datang ke dalam keluarga kami. This is the proof that this company memang kukuh lagi stable untuk dinaungi sebagai usahawan sebab semakin banyak nama-nama besar baik dari dalam negara mahupun dari luar negara mula melibatkan diri untuk sama-sama membangun bersama syarikat. Antaranya Datuk Jimmy Choo, Rizman Ruzaini dan hari ini, Fazura!


2 NOVEMBER 2017 adalah tarikh keramat Fazura bergelar duta kami!

Okay you ols, till then! Sampai sini je kisah perlantikan duta syarikat kita yang baru - Miss Fazura.


Oooh yesss, special buat you ols yang berminat nak belajar untuk mulakan biz, sangat-sangat disarankan agar jual produk orang dahulu. Ambil pengalaman & timba ilmu seluasnya sebelum plupp melompat ke title 'founder'.

In sya Allah Hani & team bersedia untuk bantu you ols supaya suka & faham dengan jelas perjalanan biz ni macam mana. Bear in mind, kejayaan perlu proses, dan timeline proses tu depends on you ols punya komitmen okeh. Jangan lah pulak expect cepat sangat dapat result yer.

Paling penting, MULAKAN SEKARANG dan TERUS BUAT TANPA NANTI sampaaai mendapat.

in sya Allah ;)


Monday, 5 February 2018

Kedai Online 24/7! - Free Cost Marketing by Premium Beautiful Expert Melaka

Ka Ching!
Ka Ching!
Ka Ching!

Sape suka bunyi kat atas nih angkat tangan! Sotong menari nari lah, Harimau mengaum lah. Macam macam istilah dan perlambangan digunapakai bila sales kita masyukk kan?

Berniaga ni, memang ramai cakap MUDAH.
Betul ke MUDAH?
Cer buat tengok???

Nak jual sebatang pensel pun PERLU ILMU.
Nak jual nasi lemak pun PERLU ILMU.
Apa lagi nak jual produk yang beribu ribu orang lain pun jual.
Lagi-lagi lah perlu ILMU.

Tapi, ILMU sahaja TAK CUKUP!
ILMU perlu hadir seiring TINDAKAN!


'Nadi sesuatu perniagaan adalah SALES' - Pernah dengar?

Maka atas asbab itu lah kalini CDP memilih topik Mastering Your Sales! sebagai pembuka tirai 2018. 

Kenapa MASTER? 
Dah tentulah sebab NAK KUASAI SALES! Tanpa sales sesuatu perniagaan tu tak bermakna dan takkan mampu nak survive.

Bagaimana nak MASTER YOUR SALES?

Jeng! Jeng! Jeng!


Maka Hani pun paksa diri menghadirkan diri ke kelas ilmu emas yang berlangsung di PPAS Shah Alam pada tanggal 3 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu lepas. 

Macam-macam hal sementara nak 'paksa diri' tu tau, tak mudah sebenarnya. Nak nak pulak Hani memang dah menetap di Melaka. Apapun betul lah selalu ustaz-ustaz pesan kan, sentiasalah berbaik sangka dengan Allah, dan yakin lah dengan apa yang kita mohon dari Nya in sya Allah pasti takkan tertolak atau sia sia doa kita.


Slot ilmu kali ni memaang special focus on blogging a.k.a kedai online 24/7.

Kenapa blog itu kita gelar kedai online 24/7?

Sebab memang sudah terbukti yang blog ini suatu medium yang trusted dan long lasting. Ngaku jeee kalau korang nak cari apapa info apapa je lah mesti korang Google kan? Jangan kan nak cari info, nak selesaikan masalah pun confirm korang akan Google!

Dan apabila korang Google, itu tandanya korang serious nakkan sesuatu tu, betul?

So this is why we do blogging, and why we focus on blogging.

Boleh kata 70% serious buyers/customers came from our blog. Sebab dorang SERIOUS! Tak tanya pun pelik2 tak soal macam2 alih alih tak jadi beli TAPI terus contact kita dan mintak nombor account untuk buat payment. Best kan?

 Nak nak pulak blogging ni one of Free Cost Marketing (FCM)
Make use lah!

Mengapa bayar lebih? - Trivago

Melarat larat pulak Hani potpet kat sini, haha shorryyyyy! Yang sebetul nya nak share sesi majlis ilmu emas hari Sabtu lepas. Aiyak ~

Okay to cut it short, Hani share dengan korang perjalanan majlis ilmu yang memang superb dan opkos membakar semangat Hani sebagai seorang peniaga online. Bukti depan mata beb non-stop buyers from blog, rugi lah kalau duk baloq liat lagi nak buat kan.

Majlis ilmu kalini dipengerusikan oleh En Halmie atau lebih mesra ceria dengan panggilan AbangMie. AbangMie ni suami kepada our beloved sifu - CDM Salleha Roslan.

Daaannnn warming up session pastinyaaa slot regang regangan yang diketuai oleh our sifu sendiri, bersama sama Diamonds dalam team kitorang!

Kemainnn semuaa kan! Berpeluh okay even korang nampak move nya tak seberapa.
(ke sebab Hani yang dah 7 bulan tak exercise?)


Orang lain angkat tangan, ekau turun tangan. Orang lain turun tangan ekau angkat! Oi Hani, fokus laa sikit ekau dah laa lama tak exercise!




First slot ialah sharing dari PB Maskulin - Mr. Paidi yang memang full time berniaga. Nampak slide belakang tu pasal apa? Haa jangan ingat incek lelaki ni tak tahu menahu pasal Premium Beautiful yek. Lelaki sebenarnya bila dah nampak lagii dorang hebat tau! Sebab tu ramai incek lelaki yang riki-riki baju renjat lemak ni, untuk siapa lagi kalau bukan untuk isteri tercinta! Bertuah badan kak.


Tediaaa memang menjiwai produk Mr. Paidi nih.


Daann tiba lah slot blogging yang disampaikan oleh Tuan Hafieez. Beliau ialah senior engineer di TNB. Memang mantap ilmu yang beliau share sampaikan semua ternganga dan terlebih fokus.




Mestilah FOKUS! Selama ni blurblur pasal nak buat cash dengan blog kan, tapi rezeki dan peluang kalini dapat belajar HANDS ON lagi macam mana nak boost up our blog yang bersarang lagi bersawang selama nih. Adumakkk, memang sampai sangat bila kita sambil belajar sambil apply ni kan.

Laptop depan mata, internet kat PPAS pulak memang stable makanya NO EXCUSES anymore! Dapat ilmu terus apply. Ketik ketik laptop, klik sana klik sini. Sangkut? Angkat je tangan terussss Tuan Hafieez ni datang assist kita tau! Wehaaaaaa.



Antara muka-muka terlebih fokus :

Ye ke fokus tu Hani? Keee control ayu sebab camera depan mata? Bibir ada senyiuumm!


Kali ni sungguh sungguh fokus! Kikiki


Tak fokus lagi taktau laaaaa! Sebab yang ni memang tak perasan langsung di candid!


Spot our angel in white there? Tak pernah tak cantik tau mentor Hani sorang ni even gambar candid!




Tadaaa! The best & inspiring slot ever semestinya laah dari mentor kami yang gojes teruks ni, CDM Salleha Roslan! Sharing dan pembakar semangat dari beliau yang sentiasa sokong perjuangan anak-anak niaga beliau terutama Hani yang hingus pun belum kering nih. 

Hani memang salute sungguh dengan perjuangan CDM Salleha dalam biz ni. Macam mana beliau paksa diri untuk berjaya, macam mana beliau begitu humble lepas berjaya. Macam macam lagilah perkara yang adore sangat dengan CDM Salleha ni.

Sentiasa ada during my ups & downs. Time Hani M.I.A pun CDM Salleha sentiasa ada. Allahu syukur sangat dipertemukan dengan beliau yang sentiasa optimis & positif dengan Hani, even kadang2 Hani ni macam mintak penampar pun ada dengan beliau. 

Moga Allah sentiasa limpahkan rezeki seluasnya buat CDM Salleha & AbangMie sekeluarga!



Puan Zulaikah dengan gayanya ~


Last but not least, sharing dari Puan Zulaikah tentang bagaimana beliau konsisten dalam biz dan HARI HARI DAPAT CASH BUYERS! Memang betul lah pepatah arab "Man Jadda Wa Jada, Wa Man Zara'a Hasoda". Buat dan terus buat Puan Ika ni. So Hani, ekau takdo alasan laie eh. Buat dengan tak buat je tau. 


Nak hebat nak lebat, WAJIB BUAT!



Apa lah yang lakarlakar sangat tu eh?
Nampak tak kat tingkap belakang ada figura tersengehhh!


Yeahhhhh WE MADE IT! 


Anak kecil?
Anak sekolah?
Anak besar?

Semua tu bukan penghalang! Tak baik tau gunakan alasan 'anak' sebagai halangan nak berniaga sebab tu ibarat kita fitnah anak2 kita sendiri. Sepatutnya anak2 ni lah sumber kekuatan kita untuk terus berniaga!


Together, we make it better!

With her - my pretty yet gojes mentor my sifu.

Kami mai dari Melaka sama sama!
Dengan matlamat yang sama!
Dan fokus yang sama!


Dadaaaaaaaa.....

Till then ~

No 1 Certified Premium Beautiful Expert
Hani Saufi
019-5718408



Bridal Terbaik Utara - Terinai Klasik Galeri Pengantin Pilihan Premium Beautiful Expert

Nak TUNANG?

Nak NIKAH?

Nak BERSANDING?

Le Familiaa ~ 

Nah, Hani berbesar hati share dengan you olls the best bridal + wedding planner ever yang Hani pilih time Majlis Resepsi Hani & Syuaib Oktober 2017 lepas.

Faham faham je lah sekarang ni kan, nak bersanding pun risau sebab banyak sangat scammers kat luar sana tak habis habis mencari mangsa. Dahla bertahun kita kumpul duit nak kahwin, alih alih lesap macam tu je 
Naudzu billahi min dzalik!

Ni haa Official FB Terinai Klasik Galeri Pengantin

Terinai Klasik Galeri Pengantin

Lokasi : Medan Perniagaan Pauh Jaya (Opposite dengan Mydin Mall Bukit Mertajam)

Contact number : 011-12561801 (Kak Yatie)


Kenapa Hani cakap this is THE BEST BRIDAL & WEDDING PLANNER?

Well, kalo you olls nak cari bridal atau wedding planner kan, criteria apa paling penting?

Budget?

Busana?

Pelamin?

FREE GIFT?

Reliable person in charge?


Haa SEMUA YANG HANI LIST KAT ATAS TU MEMANG INCLUDED PACKAGE dengan bridal ni okehh!


1) Budget

Budget MEMAAANGG tersangat berpatutan, depends on your budget, bagitau ja Kak Yatie takyah segan silu (macam Hani yang 100% guna saving sendiri tanpa Pa&Ma ni memang sengkek lah) sebab Kak Yatie sangat sangat memahami orangnya. Then dengan budget you olls tu Kak Yatie akan consult us THE BEST pakej apa yang sesuai dengan you olls. 

Oh yaaaaaaa, Kak Yatie punya taste sangat baik & cantik tau! Kreatif melampau pulak tu. Memang best sangat dapat sentuhan dari Kak Yatie! Love you Kak Yatie, moga dilimpahkan rezeki seluasnya oleh Allahu Razzaq!


2) Busana
Hani dapat SEPASANG baju baru design & colour sendiri! 

Part paliiiingggg Hani loikeee love love love ialah BUSANA RAJA SEHARI!
Kenapa tau Hani suka sangat, sebabnya dengan Kak Yatie ni kita boleh request nak design macam mana sekalipun. Just bagi gambar busana yang kita kenan then in sya Allah Kak Yatie akan usahakan 70%-90% sama dengan gambar. 

Pemilihan colour pun sama, memang Kak Yatie akan consult kita habis habisan nak match macam mana segalanya lah senang cakap. Korang pun kenal kan seketul Hani ni memang zero bab bab busana ke bergaya ke colour match ke apa ke suma tak reti, maka memang Hani serah 100% ke Kak Yatie semuanya. Hani just bagi gambar dress yang Hani kenan & colour apa Hani nak kat Kak Yatie, then Kak Yatie berehkan semua dan opkoslah Hani sangat berpuas hati!



3) Pelamin
Cantik! Lembuut je mata tengok. Match sangat dengan baju pengantin yang terang tu kan.

Pelamin pulak you olls boleh decide & choose nak macam mana, in sya Allah Kak Yatie akan usahakan bergantung pada budget you olls lah kan. Ukur pelamin dengan duit poket sendiri tau, kang viral pulak kes you olls budget RM200 nak pelamin macam Yuna tuh! Adoilaa.



4) Free Gift
Free Gift kek dua tingkat

FREE GIFT?
Haa time Hani bersanding haritu memang Kak Yatie ada bagi Free Gift tau. Mungkin lain pakej/orang lain bentuk free gift nya. Macam Hani, Hani dapat KEK DUA TINGKAT FOR FREE! Dan kek nya sedap okay! Alhamdulillah, cut budget lagi untuk sesi potong motong kek. Asalnya, sesi potong motong kek memang takdak dalam majlis Hani sebab nak cut budget. Rezeki Hani dapat free, sebat je laah!



5) Person in Charge
Ni laa Kak Yatie

Paling penting mestilah Person in Charge (Kak Yatie) kan. Yelah kita nak buat majlis mestilah nak semua pihak berpuas hati. Untuk kes Hani ni, you olls bayangkan lah Hani stay in Nilai, Negeri Sembilan dan Kak Yatie pulak kat Perai, Pulau Pinang. UTARA - SELATAN BEB! Makanya semua diskusi hanyalah melalui phone calls & wasap. Hani jumpa face-to-face dengan Kak Yatie for the first time cuma seminggu sebelum majlis tau. Tu pun untuk fitting baju. Apapun Alhamdulillah Allah izinkan semuanya lancar.

In sya Allah memang berbaloi baloi you olls service dari pihak Terinai Klasik Galeri Pengantin ni.

Selain tu, koleksi busana raja sehari yang dah ready made & available kat kedai ni pun banyaak dan semuanya cantiks cantiks sangat!

You olls singgah tau Official FB Terinai Klasik Galeri Pengantin (klik je link kat bawah ni)

https://www.facebook.com/terinaiklasik.galeripengantin

Nak ushar2! Nak lebih real boleh direct contact Kak Yatie ye. Fast response Fast reply for whatsapp!



Daaaaa....
Hani share some of the photos throughout the day dengan you olls!


In Laws ~



Megat's Family ~



 Naik kan? Colour baju dengan pelamin tu memang kena sangat.


Bersama Azie (Feeyany Exquisite) merangkap MUA bertanggungjawab untuk Majlis Nikah & Majlis Sanding Hani in 2017



Bersama Abang Maduu ~ dari Gerai Ayaq Madu Terlajak Laris



Dedicated photographer - Eddy Adzha my former schoolmates.



Tak termampu nak outdoor shoot dah. Ni cuma kat luar Dewan LPPKN Bertam. 


 Psstttt! WAJIB sarung korset Premium Beautiful supaya tak lenguh & sakit badan sepanjang majlis. Premium Beautiful ni sangat sangat membantu untuk pelihara posture badan kita sepanjang masa!


Incek S dah penat sangat tu sebab dia baru habis berkursus seminggu sebelum majlis di Shah Alam




Alhamdulillah thummal hamdulillah ~


Selesai Majlis Resepsi pihak perempuan bertarikh 14 Oktober 2017 bertempat di Dewan Pusat Keluarga LPPKN Bertam, Pulau Pinang.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan majlis serba simple kalini.

Dan terima kasih kepada yang sudi hadir!
Love you olls!

Maaf dengan segala kekurangan dari pihak Hani & keluarga ~

Till then ......