Wednesday, 4 October 2017

Hikmah Rumah Didatangi Tetamu


Kisah ni saja Hani share sebab Hani tau ramai antara para isteri (aipp tayahh tipuu!) yang kurang gemar bilamana rumah seringkali dikunjungi saudara mara rakan & taulan.. Nak nak lagi golongan isteri bekerjaya (macam Hani) lagi lah boleh bikin moody kalo suami maklumkan ada tetamu nak datang.. Sobsobs

Jujur cakap, Hani yakin sebenarnya ramai antara kita (golongan isteri) bukan tak gemar tetamu berkunjung, tapi TAK GEMARKAN MULUT tetamu tu.. Kita ni sebagai isteri sebolehnya nak serba serbi sempurna pada mata orang lain sebab kita ni jaga air muka suami..

Let say, couple baru kahwin, baru pindah masuk rumah baru yang 'kosong'.. 

Serba serbi kurang, tetamu datang pun cuma duduk atas karpet murah/tikar katon-katon, Nak hidang air ke kuih muih ke pun pinggan cawan tak berapa nak cukup.. 

Kita para isteri ni cuma nak tetamu selesa je dan Alhamdulillah andainya tetamu sedia maklum & boleh mengerti situasi & keadaan couple pengantin baru itu, tapi ramai jugak yang 'mengata belakang' itu ini tak mampu ada hati nak kahwin? 

Aiyaaaaaa! 

Lagi teruk kalau parents si isteri tu jenis materialistik! Haa habislah segala nya dikondem, serba serbi menantu lelaki deme ni tak lengkap tak mampu 😢 Kan ke sedihhh..


So Sebab tu Hani nak Share dengan korang semua kisah yang Hani terbaca ni, memang memberi kesan terhadap Hani tau.. Lepas2 baca kisah Hani terus Hani ubah persepsi terhadap tetamu.. 

Terima tetamu dengan besar hati & minda terbuka.. Lantaklah tetamu tu nak judge ke hape yang penting kita dah jadi tuan rumah terbaik 😊

In sya Allah

Sooooo, Let's Bacaaa....!!!

****************************************

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu..

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah SAW..

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan berziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

"Siapakah tetamu itu?"
Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah SAW.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah SAW..
Ketika Rasulullah SAW hendak pulang. Baginda memaklumkan suami tadi supaya memberitahu isterinya untuk melihat dipintu ketika baginda keluar.
Kemudian isterinya pun menuruti & melihat ke pintu semasa Rasulullah SAW keluar.
Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah SAW.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."
Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.
Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت ". فيااحبتي " الضيف دليل الجنة ". وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ...
صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..


ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.

No comments:

Post a Comment