Friday, 26 May 2017

Harga Murah Premium Beautiful Elegance - Berbaloi!


Korang pernah dengar Premium Beautiful Elegance? Maybe ada some of you pernah dengar pasal Premium Beautiful Elegance and maybe jugak ada yang first time dengar about this super elegance and comfy corset...

Apa pun in sya Allah Hani akan share dengan korang apa perbezaan antara Premium Beautiful Classic (yang warna hitam) vs Premium Beautiful Elegance (warna silver gray)

Dari segi fungsi, both Premium Beautiful Classic and Premium Beautiful Elegance semuanya sama..means Premium Beautiful Elegance tetap ada ciri-ciri yang ada pada Premium Beautiful Classic..

Teknology FIR, Kuasa regangan 360 darjah, fabric pintar yang menstabilkan suhu badan dan melancarkan perjalanan darah tuuu still ada dalam set Premium Beautiful Elegance nih.

 
Cuma yang bestnya is fabric yang digunakan untuk Premium Beautiful Elegance ni laaaagi lembut compared to the Premium Beautiful Classic. Kalau you all pakai Premium Beautiful Elegance ni, you all akan automatically rasa super seksi and memang rasa macam tak pakai corset sebab fabric Premium Beautiful Elegance ni tersangatlah lembut! Lembut macam sutera yang gred premium tu tauu korang! Dan jugak benang yang ditenun pada Premium Beautiful Elegance ni kan, warna dia ala-ala gold sikit...so memang cantik sangat...
 
Haa! One more thing Premium Beautiful Elegance ni, renda (lace)  dia tahan lasak sikit compared to the Premium Beautiful Classic..in sya Allah kalau terkena kuku panjang or batu cincin glamour korangg tu, it won't affect anything..means taklah benang pada lace tu tercabut ke apa..melainkan korang yang gatal tangan pi cabut benang kat lace tu kott lahh rabak!
 -___-

Ooho yup..we still have a LIFETIME WARRANTY untuk Premium Beautiful Elegance ni :) Means kalau hook (cangkuk) tercabut ke, terkoyak ke sebab tak sengaja.. korang boleh repair for FREE! Ha ada tak pakaian dalam yang korang sarung sekarang tuu offer service best macam ni? So far, Hani berani jamin only Premium Beautiful yang offer service lifetime warranty ni tau :)


Sembang kencang tak kalah tapi macam mana pulak  harga Premium Beautiful Elegance ni?

- Harga Premium Beautiful Elegance ni taklah mahal sangat korangg..cuma kena tambah dalam RM 300 - RM600 jer (based on your sizes) jer dari harga Premium Beautiful Classic yang hitam tu...bayangkan dengan just tambah RM300-RM600, korang dah boleh rasa extra sexy dengan Premium Beautiful Elegance ni..Hani berani jamin, takde satu corset pun dalam pasaran Malaysia yang offer banyak sangat benefit dengan harga yang berpatutan macam Premium Beautiful ni tau..So, my advice is buatlah pilihan yang bijak, supaya tak menyesal di kemudian hari :)
 
 
Okayla kalau korang nak tahu apa yang best sangat mengenai Premium Beautiful Elegance ni..apa kata korang layan jer introduction video about Premium Beautiful Elegance ni..tak lama pun..4 minutes jer :)



** paste video from my dearestt Top Mentor in TLC - CDM Salha Zain **

Last but not least, lekaih lekaih laa contact Hani then baru lah Hani boleh tolong korang get in shape balik kayy.. Sempena nak Raya 2017 ni kan memang Hani buat promosi Body Raya tauu korang and guess what, PENJIMATAN SEHINGGA RM300 untuk cash buyer full set Premium Beautiful corset ni..

Till then,

Love,
Hani Saufi,
Premium Beautiful Expert


Thursday, 25 May 2017

Herba Maharani

Kat Malaysia ni cuma company kami je yang dapat kelulusan untuk pasarkan Herba Maharani ni.. Don't worry, haruslah ada kelulusan KKM dan pengesahan HALAL JAKIM MALAYSIA!


Apakah itu HERBA MAHARANI?
Herba Maharani atau nama sebenarnya, Beijing Te Zhi Bai Feng Wan berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan; sejenis herba tradisi masyarakat Cina sejak zaman Dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk diformulasikan sebagai herba khusus buat kegunaan istana Maharani. Maharani mengamalkan herba ini untuk mengekalkan keremajaan & kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan dalaman sebagai seorang wanita

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dihasilkan melalui teknologi terkini yang mana ia merupakan gabungan pelbagai jenis herba yang berharga dan bermutu tinggi. Ia bersifat halus, lembut, wangi (wangian herba) dan tulen dan sememangnya terbukti berkesan dalam menyelaraskan ketidakstabilan hormon wanita yang sekian lama menjadi punca kepada kitaran haid yang tidak teratur.


Cantik sungguh kan Maharani China!


Beijing Te Zhi Bai Feng Wan atau lebih dikenali dengan nama Herba Maharani, adalah merupakan antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan ketrampilan wanita sehingga kini. Herba Maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan akan manfaatkan kesihatan keseluruhan.

Ramuan Utama:
  • Wuji / Pati Ayam Hitam (Gallus Gallus Domesticus)
  • Cornu Cervus Nippon
  • Pelbagai jenis herba Cina yang bernilai
Ayam hitam / Wu Ji
Boleh click sini untuk artikel berkaitan khasiat Ayam Hitam untuk kesuburan yang diviralkan oleh Siakap Keli! :)
Cornu Cervus Nippon

Fungsi dan kelebihan Herba Maharani:
  • Memperbaiki kesihatan dalaman wanita.
  • Melancarkan peredaran / pengaliran darah.
  • Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur / irregular period flow.
  • Mengurangkan masalah ketidakselesaan semasa tempoh haid seperti senggugut / period pain.
  • Mengurangkan masalah keputihan.
  • Rawatan herba (natural) untuk membantu kesuburan rahim wanita.
  • Menguatkan dan mengecutkan otot-otot rahim, sistem peranakan ketika berpantang.
  • Melambatkan jangkamasa menopause dengan mengaktifkan hormon estrogen, progesterone dan androgen wanita.
  • Membantu sistem organ dalam tubuh untuk berfungsi dengan baik, menjadikan badan lebih kepada awet muda (anti penuaan) dan lebih cantik.
  • Membantu menegangkan dan memberi keanjalan pada kulit, seperti sekitar payudara, ovari dan kawasan perut selepas bersalin.
  • Meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan pada badan. Badan menjadi kurang lemau dan lebih bertenaga.

Cara pengambilan Herba Maharani:
Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari. Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid). Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan. In case hendak ambil pada waktu malam pun boleh.
Makan mestilah bersama air suam.
Herba Maharani mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba sebelum ini. Sebaik-baiknya mulakan dengan 25 biji dahulu, dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong / plain water. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.
Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil Herba Maharani.
  • Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari. Waktu sedang period jangan ambil Herba Maharani.
  • Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari. After habis sekotak, stop untuk bulan tersebut, and sambung pengambilan selepas habis period.
  • Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari. After habis sekotak, stop untuk bulan tersebut, and sambung pengambilan selepas habis period.
Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan pengambilan Herba Maharani seketika sehingga period seterusnya datang. Selepas habis period, ulangi cara makan yang sama.
Ada yang tanya Hani, bagaimana sebenarnya cara mudah untuk buka bebola Herba Maharani ini? So, korang boleh click di sini dan Hani akan ajarkan bagaimana cara yang mudah tanpa menyakitkan tangan korang, untuk buka bebola Herba Maharani ini. 
;)



KEMARAU???!!! Korang sedia maklum kan cuma company Sahajidah Hai O Marketing je yang dapat lesen untuk pasarkan Herba Maharani original dari Beijing.. 

Maka nya memang lah stok Maharani ni WAJIB KEMARAU! Sebab tu untuk regular customers Hani dorang memang akan restock banyak2 siap2.. In sya Allah berbaloi baloi.. ;)


Isteri yang makan tapi suami yang merasa ;) Oopss khas buat yang dah berkahwin yee! 

JAKARTA pun ada demand tauu korang!!!

Haa rugi laa korang kalau masih berkira-kira nak cuba herba Maharani yang dah diformulasikan selama ratusan tahun ni.. Dalam pasaran Malaysia pun dah puluhan tahun tau..



Acu tanya mak mak korang, pernah kenal tak kotak merah bebola putih ni?

Till next time dear! Muuuaahhhh xoxoxo

Love,
Hani Saufi


Thursday, 11 May 2017

Couple Ride ke Bukit Fraser - SyuaibHaniAdventure

Hai you olls Assalamualaikum ;)

Agak lamaaaa Hani tak up sebarang entry kan? Aterr memang teman ni busy sikit haa.. almaklumlah busy nak tukar status gituuh muehehe (kekonon gediks)

Kalini Hani nak share dengan you olls trip Hani ke Bukit Fraser minggu lepas.. Apo yang special sangat sampai nak kena share tuh Hani? Haa mesti la special sebab trip ni Hani pergi dengan suami daan semestinya on a superbike ride! (sebab tu la tajuk entry ni Couple Ride) ehe


Buat yang mengenali Hani, memang deme sedia maklum Hani ni OBSESSED dengan superbike dan supercar (segala yang lelaju lah) tatau lah terpengaruh dengan movie ke apa ke tapi dari kekanak n kekecik lagi memang Hani berangan nak jadi macam Erra Fazira (zaman Hani kan ada filem yang Erra berlakon jadi bikers tu tak ingat filem apa) Cooolioss kot! Pompuan ride supobike.. ;)


Tapi disebabkan Hani ni pompuan (Melayu terkahir kot? kihkih) makanya segala angan-angan tu berkubur.. Ye lah kan nak naik supobike guane dengan kain bagai? Sobsobsobs.. 

A big thanks to Abah since beliau yang banyak bentuk & didik Hani sampai jadi 'sopan santun lagi lembut ayu' gini.. Hahahaha.. Orang yang kenal Hani memang muntah hijau la baca tapi kan sering sangat mereka mereka yang baru berkenalan dengan Hani ni akan cakap n directly judge Hani seorang yang lembut lagi sopan santun.. kuikui hipokrit betul lah Hani ni.. (agak-agak layak ke nak request Syamsul Yusof amek berlakon?)

Okay cut that part Hani..

JOMMM!!!

Pada tanggal 3 May 2017 yang lalu, ntah tiba tiba celah mana datang plan nak ride ke Bukit Fraser dari Nilai, Negeri Sembilan.. You olls yang dengar mesti freak out kan? Apa merapu sangat nak ride ke Bukit Fraser tuh? Cari pasal cari penyakit ke hapa? ahahaha agak dahh..

Ceritanya, asbab Hani memang gila kan superbike and something like that, maka incik husband pon nak bawak laa bagi merasa sikit isteri beliau nih cemana feeling rider rider kental sekalian since husband Hani memang rider dah lama siap aktif dalam group SKM - SuperKips Melaka (geng Double R) lagi.. Maka dengan itu terciptalah idea coupleride naik bukit sebab setakat long - highway - ride ni too mainstream kan.. hihi (Terima kasihh abang!)

Hani bersetuju sebaab memang Hani tak risau sakit pinggang ke lenguh ke apa ke since Hani ni memang penyarung tegar Premium Beautiful corset cuma risaukan husband jee tapi since Hani boleh share waist nipper dengan beliau, why not? Jommm vroomm vroomm EH SALAH! PRENGG PRENGG senanya (RR ni two-strokes so bunyiknya nyaring bukan ngaum)

Lepas packing lebih kurang and bersiap ala kadar (paling penting bagi Hani ialah sarung Premium Beautiful) tepek tepek serum dari rangkaian skin care Infinence then sunblock (kita semua wajib pakai sunblock tak kira lah naik moto ke keta tau) haa dalam pukul 9am dah ready annnnnddddd LET'S GOOOOO BABY! debor Hani since this is my verryyyyyyy FIRST RIDE; long distance one.. Udoh lerr jejarang amat naik moto, sekalii nak pergi jauh.. fuhh dia punya excited tu taktau nak cerita ;)

Elite Highway
Dari Nilai, kami exit highway Elite KLIA sebab lebih dekat dan mudah (Kalo drive kereta pun dah boleh cut cost kat tol) Even kalo Hani selalu turun Shah Alam & Klang untuk jumpa mentor & partner pun memang Hani keluar dari KLIA, bukan Plaza Tol Nilai.. Alhamdulillah cuaca sangat supportive hari tu ;)

Kami singgah Caltex Denai Alam untuk isi minyak dan alas perut buat bekalan sebelum sampai Kuala Kubu Bharu.. Denai Alam ni berdekatan area Subang, which is tempat kerja husband yang lama.. Sebab tu husband memang familiar area ni nak nak lagi beliau selalu jogging kat sini dolu dolu masa bujang.. hihihi

Petron Rasa Hulu Selangor
Lepas Denai Alam, kami singgah lagi di Petron Rasa Hulu Selangor sebelum sampai Kuala Kubu Bharu. Masa ni langit dah mula redup tapi percentage nak brooomm hujan tu baru 30%..  Biasala kan dah namanya ride, akan banyak kali kena pit-stop untuk longgarkan balik segala urat badan.. Husband sebenarnya yang nak benti ye lah kan beliau yang tunggang, pulak tu tak pakai waist nipper.. Kita ni rilek jah sebab dah siap siap perisai badan punn.. Nampak kan Premium Beautiful ni bukan untuk KURUS SEMATA MATA.. Maka kami decide untuk straight ke Bukit Fraser tanpa singgah dah kat Kuala Kubu Bharu.. Tapi sempat lagi berposing chia chia chiaa ;)
Empangan Sungai Selangor

Prengg prengg prengg punya prengg lalu jalan bengkang bengkok laksana ulau dipalu, (pinggang weyy pinggang) lalu Empangan Sungai Selangor, lalu Sungai Chiling (antara sungai yang famous tapi tak pernah tau kat mana) akhirnyaaaaaa sampai lah ke entrance Bukit Fraser.. Baru entrance tau belom ride naik lagi kira kira lagi 8km tuu.. HAHAHAHA kental tak kental sejenis Hani even baru first time ride?

Sempat laa jugak posing kat sini doluu haaa.. Since Hani dah ada personal photographer imported from Oxford (husband yang branding diri sendiri) memang lagi sakan laaa Hani mosing.. kihkihkih
Fraser's Hill Entrance

Alhamdulillah

Kami sampai di Shahzan Inn kira kira jam 2.10pm daaan terus check-in bilik 2.30pm.. Lepas je jumpa katil, baru laaaaaah penat tu menusuk nusuk menikam nikam badan.. huhuhuu.. Dah lah penat tired and exhausted (ingat lagi teacher pesan kena tulis ceni dalam essay sekolah rendah dulu) ditambah dengan lapar belom lagi sempat lunch dari tadi - kami decide untuk order Room Service je.. Segala planning nak preng preng dengan motor petang tu tergendala..

Makanan memang sedap teramat kat sini tau! Selalu kan orang cakap makanan hotel ni tak sedap tapi harga melambung lambung tapi kay Shahzan Inn ni Hani and husband memang recommend you olls makan je sini sebab sedaaaappp! Tapi taktau laa kalo lapaq punya pasal kan, ahaha Disamping tu, staff sini rata-rata Melayu dan Muslim since hotel ni milik Muslim jadi no doubt lah kannn kan kan?
Nasi Goreng amenda ntah nama nya lupa dah.. Standard hotel food nama kemain kebaboms


Nasi Goreng Teratai ~

Yang tak best - planning kemain nak posing kat sekitar hotel (sebab memang cantik deco & landscape hotel ni) CANCELLED sebab dedua kami terpejam macam tak tido setahun kahkahkah! ;'')

Takpa takpa, since kami travel dengan motor maka malam pon memang best nak round round situ.. Arakiann, selepas Maghrib keluar lah kami untuk ushar ushar kawasan sekitar (sambil cari kedai makan kot2 ada) Memang Bukit Fraser ni CANTIKK subhanallah! Even banyak hotel & kawasan peranginan tapi rata rata kawasan masih lagi mengekalkan landscape semulajadi..

Last sekali sebelum balik, sebab Hani dah lamaaa tak telan mee segera makanya menjadi lah projek mee segera Hani dan suami malam tu! Maggi ada Cintan pon ada (kemain borong banyak pek lastlast buat nambah berat beg je masa nak balik tak sempat nak makan pon) Besstt woo sejuk sejuk gigil gigil gitu then hirup kuah megi kari.. hahaha

Habis hari pertama dengan jaya nyaaa Yeay!

Pagi berikutnyaa - 4 May 2017

Konon nak breakfast awal laa kan tapi alih alih pukul 9am jugak baru turun.. ahaha.. ye laa air kemainn sejuk lagi dinginnnn kan makanya tercetuslah perang tolak kau aku untuk mandi.. muehehe sebab tuu lambat..

Kami dapat 2 breakfast vouchers untuk satu malam.. Mulanya bila turun je ke cafe, terus kitorang serbu segala jenis makanan yang ada.. Kahkahkah nampak sangat kebulor telan megi je sebungkuih sorang semalam kan.. Ingat kan apa yang tersedia terhidang tu je available.. Pulunn amek segala menu yang ada tapi kuantiti sikit sebab nak merasa dulu then barulah melantak!

Elokk je kitorang susun susun pepiring atas meja disebelah dua ketul ARC Stella dan KYT Hellcat tiba tiba datang staff kat situ tanya "Encik nak makan apa encik?" Kitorang pun tercengang Whaaatt?! makan apa lagi pulak ni? Then staff tu explain - segala makanan kat situ memang tersedia untuk semua penghuni tetapi boleh pilih lagi dua menu special pre-order yang chef akan masak on the spot.. Oh maii ooohhh maaiii kitorg baru tau.. Rezeki jangan ditolak yahh!
Breakfast for TWO ~

Antara menu yang tersedia kat cafe tu - BUBUR NASI boleh top-up sos bubur, bilis goreng krupkrap, lobak asin, daun bawang dan cili kicap.. CEREAL (honeystar & cornflakes).. TOAST, BUAH BUAHAN (hari tu ada watermelon & honeydew) dan air macam macam seperti KOPI, TEH, dan FRUITS JUICES

Makanan tayah ulang la kann Hani dah gitau awal2 lagi memanggggg sesungguhnyaa ya sedaap! Bubur nasi tu sedap sungguh tau even plain.. Tapi memang berchentaa laa nak menghabiskan segala makanan.. Dengan dua menu yang pre-order lagi.. hamekauuu Hani!

Okay settle bab makan & sarapan.. Lepas tu teruss kitorang preng preng keliling kawasan Bukit Fraser tu.. Naik moto beb bestt tau boleh hirup udara segar lagi nyaman! Memulaa sekali agak blur nak pi mana sebab both of us bukan asal situ.. Haa ini ada sedikit tips untuk you olls - kalau blur taktau nak pi mana boleh datang sini Majlis Daerah Raub cawangan Bukit Fraser untuk amek maps sekitar situ.. Lepas tu baaru you olls akan ada idea untuk jejalan reronda in sya Allah..

Prengg prenggg .........
Kebanyakan signboard kat atas Fraser memang style gini
Bishop Trail ~
memang muka Hani ni kalo pagi2 sembab (bloated face) mengalahkan retis korea padahal tido cukup
Bahahaha!!! Nii cubaan ke seratus kali nak amek gambau sendiri guna beg & monopod hat dapat free.. Memang set 5 seconds pon kelauttt adeii
Akhirnyaa! Ada jugak brader MA dari Klinik Kesihatan Bukit Fraser nak tolong snapkannn ~
Haii awokk ~ Menung apo tu kek sano?

Gambar terakhir guna phone Hani sebelum ia bertukar Kangaroo jadian lalu CRACKED!

Tepat pukul 1.00pm kitorang dah ready nak climb down the hill hoyeahh! Dah selesai check out apa semua maka Bismillahirrahmanirrahimm... Beli minyak kat kedai India sebelah Balai Polis depan Menara Jam Bukit Fraser then fill up.. Oh ya baru ingat nak share, kalo you olls naik Fraser pastikan tank minyak you olls FULL ye! Nak nak lagi motor.. Sebab kat atas sana dah takde mana mana Petrol station tau tau.. Yang ada cuma dijual by botol botol by liter.. Daaaannn harga nya masya Allah melonjakk melambung kauu! Sobsobsobs - RM5 untuk 1.5L minyak!

Hujan rahmat pembawa rezeki kata orang...

Elok je kitorg habis main selekoh untuk turun bukit, baruu je masuk pekan Kuala Kubu Bharu masa tu kira kira 1.30pm brooommmmmm HUJAAAANN turunn.. Alhamdulillah Allahu Akbar sebab hujan ni even berpanjangan dan berterusan tetapi tak pulak disertai guruh kilat atau angin yang sangat kuat.. Makanya perjalanan baliki kitorang lebih mencabar dan panjang.. 
Hujaaaaannn noks! Amek kesempatan sweet sweet dengan husband laa apo laiee

Berhenti berteduh bawah flyover - my outstanding memory of the month I guess.. bukan satu flyover tapi TIGA flyover sebab tak tahan sejuk dan jemari incik husband dah mula membeku.. Apalagi kan, sebagai isteri solehah (poyo minah Hani sorang nih) Hani pon urut urut jari husband dengan minyak panas so that lancar balik blood circulation jari jemari husband untuk koyak throttle prengg balik Labu..
Singgah isi perut R&R Dengkil Selatan

Perhentian terkahir - R&R Dengkil Selatan sebab perut dah terlalu lapar.. Memang kitorang terpaksa redah sebab besok nya Hani kerjaaa.. sobsobsobs Memang dah basah lokoih orang utara kata tapi bertabah dan tetap bertahan.. Sebab tuu Hani tak segan nak ngaku rider kental! Haahaha dah laa first time ride - mandi hujan pulak tu..

Sebelum sampai Nilai, kitorang singgah surau dalam kawasan Kg Bukit Kadir untuk jamak ta'khir.. bukan takmau solat kat R&R tapi since tandas dengan surau tu naalaa punya jauh agak sukar untuk Hani and husband nak solat since dedua kami kuyup dah macam terjun dalam tasik Empangan Sungai Selangor tu jaa.. uhuuhuhu Masa ni jam dah menunjukkan pukul 6.40pm

Total mileage Hani and husband sepanjang ke Bukit Fraser ~ - 413km -

Alhamdulillah selamat sampai rumah dengan bahagiaa.. Sempat laa main hujan and bergurau bawah flyover tu dengan husband.. haha sweet sangat kan? (silamuntah)

Malam tu Hani bagi husband mandi air panas.. even beliau masih bercoti besok hari dan Hani yang kena kerja, tapi sekurang kurangnya beliau sihat untuk pergi kerja nanti in sya Allah..

p/s (1) : Untuk review Shahzan Inn - Hani akan up entry baru special punyaa okeh! Berkenaan bilik + harga + promosi sekali.. In sya Allah

p/s (2) : Kalo you olls ada hati atau berangan nak climb up any hills dengan motor especially macam Hani and husband SILA PASTIKAN you olls ada MINAT MENDALAM terhadap motor disamping KUAT MENTAL & FIZIKAL bukan apa tau, kalo takde dua benda nih memang tak mustahil baru halfway journey dah patah balik lebih lebih lagi ride husband & wife -- Incek Husband Ahmad Syuaib yang pesan kat ampaa ;)

Love,
HaniSaufi