Wednesday, 12 April 2017

Tips Bakal Pengantin

Assalamualaikum semuaaaa! :) :) :) Salam Sejahtera

Knock knock! Ada bakal pengantin kat sini tak?

Ini nasihat dan tips berguna untuk korangg! In sya Allah :)
Orang kata kehidupan selepas berkahwin ni akan jadi sedikit suram, senang kata “tak enjoy dah”. Tapi kenapa? Bukan ke kehidupan selepas berumah tangga itu lebih indah daripada segalanya yang ada di dunia ini?
Seperti yang kita lihat dalam kebanyakan cerita dongeng, selalunya ia akan berakhir dengan kebahagian yang tiada berpenghujung. Betul tak?
Tetapi selalunya, mana ada selepas puteri-puteri itu semua berkahwin dengan putera idaman mereka, mereka akan kembali berjumpa dengan keluarga mereka.
Oh ya, ini menunjukkan betapa masa anda untuk diluangkan bersama keluarga akan berkurangan dan harus ditumpu sepenuhnya pada suami tercinta dan keluarga baru yang ingin dibina.
Jadi, disini ada beberapa perkara yang mungkin anda mahu pertimbangkan sebelum anda bergelar isteri kepada si dia yang bertuah memiliki anda itu! :)
Nombor Satu (1)
Ada Pendapatan Sendiri yang Kukuh


Ini sudah semestinya! Harus diingatkan kepada anak-anak dara yang bakal menjadi isteri tidak lama lagi, anda perlu pastikan yang anda betul-betul miliki kondisi kewangan yang kukuh iaitu dengan mempunyai pendapatan sendiri terlebih dahulu. Janganlah mengharap pada si suami pula nanti. Babak-babak menyayat hati di dalam filem telah banyak menceritakan, sifat seorang lelaki itu kadangnya berubah-ubah dan silalah bersedia daripada segi fizikal dan mental. Bukan hendak menakutkan anda, tetapi inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Jika apa-apa berlaku dikemudian hari, anda bisa menanggung hidup anda sendiri bersama dengan anak-anak anda. Come on! Buktikan yang anda mampu hidup berdikari, berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharap belas kasih orang.
Nombor Dua (2)
Cuba Tinggal Sendiri (Berdikari)

Perasaan tinggal sendirian dan tinggal bersama keluarga itu ada bezanya. Sesungguhnya, tinggal bersendirian itu akan lebih mematangkan anda dan menyumbang impak besar secara tidak langsung kepada anda, lebih-lebih lagi jika anda ini adalah bakal pengantin. Ya lah, kalau tinggal bersama ibu bapa ni, semuanya diuruskan dengan rapi, kebajikan anda, keperluan anda, semuanya ditanggung beres oleh kedua orang tua anda. Jadi, sebagai hasilnya, anda cuma goyang kaki bagai puteri raja gitu, tak tahu apa yang berlaku dan apa yang harus dilakukan. Berdikari itu penting. Oleh itu, cubalah belajar hidup dan tinggal sendirian supaya anda lebih bersedia dan tidak digelar “katak dibawah tempurung”. Nak jadi isteri ni bukan senang, perlu belajar menghadapai situasi-situasi genting. Ambil masa yang ada untuk anda belajar benda-benda baru, seperti belajar resepi masakan yang baru. Nak tambat hati suami perlulah dari seleranya kan? atau apa sahaja perkara yang anda tidak berpeluang untuk lakukan ketika bersama keluarga dahulu.
Nombor Tiga (3)
Bermanja Sepuasnya dengan Keluarga


Lepas ni jangan bermimpilah nak tidur dibawah ketiak ibu anda lagi atau nak temankan ayah anda tonton perlawanan bola setiap kali FIFA World Cup berlangsung! Suami anda nak letak di mana waktu tu? Jadi, inilah masa yang terbaik untuk anda habiskan bersama-sama keluarga anda. Pergilah makan angin bersama atau adakan majlis makan kecil-kecilan seperti BBQ diantara keluarga anda sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan buat keluarga anda rasa disayangi dan tahu anda masih menghargai mereka sebagai orang yang banyak berjasa kepada diri anda sedari kecil. Air yang dicincang tidak akan putus, itulah yang dinamakan darah daging.

Nombor Empat (4)

Jadi Anak yang Baik!


Sematkan di dalam diri bahawa anda akan jadi anak dan isteri yang sempurna. Walaupun sudah bertukar status sebagai isteri orang nanti, hubungan anda dan keluarga tidak akan tercela. Anda masih anak kepada kedua orang tua anda dan mereka masih lagi ibu bapa anda. Dengan itu, semakin besarlah tanggungjawab anda, bertambah hati yang harus anda jaga. Anda perlu bijak uruskan masa dan membahagikan kasih sayang sama rata. Memang suami itu syurga anda, tetapi tetapkan ‘ranking’ carta hati anda dengan sebaiknya. Ibu bapa itu adalah nombor 1 dihati anda dalam kategori A dan suami itu juga adalah nombor 1 dihati anda dalam kategori B. Adil.

Nombor Lima (5)

Persiapan Diri (Fizikal + Mental + Emosi + Rohani)


Okeh ni walaupun berada di tangga ke Lima tapi sebenarnya kena antara benda yang terpenting jugak tahu. Fizikal? Yeaaa mestilah kena jaga & pelihara. Bagi wanita, mesti anda nak tampak cantik untuk suami bukan? Tambah tambah malam pertama. Kalau boleh kurus, kurus je lah demi untuk suami bukan semata mata kurus sebab nak sarung kebaya sendat tu pulak tau. Kesian laki korang kalo lepas je akad nikah terlafaz korang buat freeshow. Buat lelaki pulak sah sah lah anda tak kurang nak gagah & sado kan? Jadi wajarlah hilangkan boroi boroi tu cepat cepat okeh.

Emosi? Ni lagi penting terutamanya untuk kaum wanita. Ingat! Nanti lepas dah sah bergelar suami isteri sebolehnya tinggalkan lah perangai budak budak tu haa. Kesian laki korang tau! Pening macam macam hal nak kena handle. Hahahah! Yang lelaki pulak sudah sudah lah melepak atau main game tu. Ala kadar je ye. Ingatlah once seorang wanita bergelar isteri, maka suami lah segala gala nya. Nak makan pun ingat suami. nak mandi pun mikir suami. 

Rohani? Betulkan kembali niat. Dalami ilmu ilmu berkaitan munakahat seterusnya parenting (mesti nak baby kan?) Macam biasa ilmu ni memang wajib sebelum nak buat apa pun. Nak kahwin pun masih kena tuntut ilmu (bukan ijazah ke master of perkahwinan tau) Lepas kahwin lagilagi lagi dan lagi kena tuntut ilmu. 
..........................................................................................................

Okay Hani kongsikan antara 5 tips tu dulu ye :)

Ada banyaaak lagi tips lain dan Hani cuma share antara tips yang paling penting in sya Allah.. Oh yaa untuk dapatkan bentuk badan menawan ataupun hilang boroi tu memang boleh contact Hani terus sebab Hani memang consultant PB Expert! 


No comments:

Post a Comment