Monday, 10 April 2017

Perbezaan Bersalin Normal dengan Czer

Assalamualaikum Salam Sejahtera chu ols!

Entry kali ni Hani suka nak share tentang perbezaan bersalin normal dengan bersalain Caesarean Section.. Amenda pulak dah Caesarean Section ni Hani? Tadi cakap czer.. Ehe.. Caesarean section ni nama panjang bagi czer atau ada jugak yang sebut c-sect (selalunya omputih guna c-sect depa tak guna czer)..

Bukan apa tapi lately ni Hani perasan trending amat isu bersalin ni kan? Kan? Korang perasan tak?

Kecoh cakap bersalin gitu mudah, bersalin gini mudah.. 
Aiyaa apa ni? 

Ni semua gara2 terlalu percayakan mitos la ni..

Eh, Hani dah pernah bersalin kaa? 
Macam mana tau beza bersalin normal dengan czer nih?

Ish Ish Ish tak baik pikiaq lagu tuu naa.. Ni Hani nak share experience sorang ibu muda berjaya yang dah bersalin dua kali secara normal.. Beliau share experience sendiri jadi Hani share balik dengan korang..


.......................................................................................................

Apa beza bersalin normal dengan bersalin czer?
Yana tak pernah alami sakitnya bersalin czer. Sebab dua-dua anak yana lahir normal. Nyaris jugak kene czer tapi rezeki lahir normal lagi masa bersalinkan ajwad. Tapi yana paham kedua-dua rasa sakit yang berbeza.

Dua-dua rasa kontraksi yang sama sebab bukaan jalan tapi yang tak mampu bersalin normal lazimnya sebab masalah kesihatan ibu, anak lemas, kurang oksigen, air ketuban sikit, anak terbelit tali pusat, anak songsang, dan lain-lain lagi.

Bersalin normal sakitnya masa nak meneran keluar kepala lega..teran lagi lepas bahu syukur alhamdulillah..last teran keluar uri baru habis proses bersalin. Cuma tunggu kene jahit ke tak lepas dah settle bersalin. Menggigil jugak atas katil LB tu menunggu masa dijahit. Takpe demi anak syurga lambang cinta hati dan umat Nabi Muhammad saw.

Bersalin czer sakitnya kene tahan suntikan ubat bius yang jarumnya besar giler.. silap suntik boleh lumpuh boleh terasa kebas seumur hidup.. dah dibius bersedia nak dilapah 7 lapis perut dalam keadaan separa sedar. Silap-silap boleh nampak di cermin lampu OT. Arggghhhh..ngeri!! tapi demi cinta hati pengarang jantung.. seorang ibu redha. Settle keluarkan baby dengar tangisan pertama si ibu bersedia perut dijahit digam distapler setiap lapisan setiap belahan. Allahuakbar besarnya pahala ibu.

Nak berpantang nak dijaga lebihnya bersalin czer. Silap gerak silap jalan boleh terbuka. Nanah keluar terpancut air bisa. Masyaallah serunnya. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Sama jer berpantang normal silap jalan silap langkah terbuka jahitan..zappp boleh berlaku pendarahan boleh bawa kematian. Sama-sama kene jaga. Kena hati-hati.

Mana lebih mudah? Bersalin normal atau bersalin czer? Itu bukan pilihan kita. Yang penting nyawa keduanya selamat. Nak berpantang mudah boleh sarung Premium Beautiful. Bersalin normal sebaik keluar LB dah boleh sarung bengkung PB. Bersalin czer tunggu lepas jahitan kering biasanya 2 minggu lepas bersalin.
Banyak kebaikan pakai PB sebab sarung-sarung jer berketul darah bantal keluar.. boleh lancarkan peredaran darah..terasa perut seperti ditungku.. terasa hangat badan bagai disauna. Peranakan cepat kecut dan duduk ditempat asal. Badan pulak lebih cepat mengecil.
Yana dah rasai pengalaman berpantang dengan PB. Sebab tu yana boleh cerita dan yana berpuas hati. Yana suka PB!
......................................................................................................

Haa amacam? Ni sharing real story dari Kak Yana tau.. memang beliau belom lagi merasai bersalin melalui kaedah czer tapi kenapaaa laaaaa isu tu nak dibesar besarkan? Paling Hani tak tahan ada pulak puak2 yang menyindir golongan czer konon-konon deme ni taknak sakit lah apa lah itu lah ini lah.. Kadang2 ni semua di luar ketentuan dan pilihan kita.. 

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tahap kemampuan hamba Nya..

Jadi takkan timbul isu pun sebenarnya hebat sangat ke bersalin normal dan hina sangat ke bersalin czer.. Apa yang penting dedua baby dan ibu selamat.. 


No comments:

Post a Comment