Monday, 17 April 2017

Hanya kerana Seketui Bata

Assalamualaikum awwaaak!

Ni full story kepada cerita secoet yang Hani share kat FB tu ye.. Nama pun FB kan memang idok le awwak nak scroll siap click ...Read more.. lagi kan? Kan? Kan? 

Awwak kan malas! Hahahh okay gurau pun tak boleh kaaaa awwak? Rilek and enjoy your reading!
..........................................................................


Hanya kerana Seketui Bata 

Suatu ketika yang tak dapat dipastikan bila, kedapatan seorang saudagar yang telah membeli 500 ketul bata untuk dibuat dinding di hadapan rumah nya..

Maka saudagar tersebut pun membina dinding itu dengan penuh cermat dan hati hati supaya tidak berlaku sebarang kesilapan dan hasilnya elok lagi cantik..

**Mohon Cikgu Bahasa tidak kritik gaya bahasa & tatabahasa**

Setelah seminggu (kan zaman dolu sebab tu lama) berhempas pulas akhirnyaa siap jugak dinding idaman beliau tu.. Saudagar amat berpuas hati dengan hasil dinding nya.. Ramai yang lalu lalang memuji muji kecantikan & kekemasan dinding yang telah teguh terbina..

Tersipu sipu lah sang saudagar menerima pujian dari orang ramai dan bertambah tambah lah 'kembang' jadinya..

Tiba tiba pada suatu hari, seorang lelaki melintasi dinding sang saudagar lalu menegur,

"Tuan saudagar yang budiman, apakah tuan tak nampak apa yang saya nampak?"

"Apakah hal nya itu tuan?"

"Dinding yang tuan bina ini sememangnya cantik lagi kukuh. Namun ada seketui bata yang senget. Ini bata nya tuan. Apakah selama ini tidak ada yang nenegur?"

"Oooh betui la tuan. Satu bata ini senget. Baru saya perasan. Selama ini langsung tiada yang menegur. Semua hanya memberi pujian dan terus memuji."

"Saya ada cadangan tuan saudagar. Apa tuan sudi mendengar?"

"Tolong berikan ku cadangan tuan. Aku buntu mau melakukan apa dengan dinding ini. Sungguh tiada ku sangka ada seketui yang senget sedang kan selama hayat ia terbina, cuma pujian & kagum yang hinggap bertenggek padanya."

"Saya sarankan agar tuan saudagar runtuhkan kembali dinding ini dan bina semula supaya ia lebih kemas dan kukuh. Itu lah sebaiknya tuan."

"Apa? Runtuhkan dan Bina semula?"

"Begitulah pada hemat saya tuan. Baiklah saya undur diri dulu."

Maka runsing lah saudagar memikirkan hal seketui bata yang senget ituu walaupun dia tidak tinggal di Kampung Pening Lalat.. Disangkakan elok sempurna binaan dindingnya selama ini akan tetapi tetap terdapat sediikit cacat yang terus menjadikan dinding tersebut kelihatan buruk..

Selama tujuh hari tujuh malam lamanya tuan saudagar tak boleh tidur dek kerana memikirkan solusi terbaik untuk dinding nya itu.. Setelah itu, seorang lelaki pun bertanya tuan saudagar apakah penyebab kepada kemurungan & kerunsingan beliau seminggu ini..

"Apakah tuan hamba tidak perasan akan seketui bata ini? Habis segala penat lelah saya membina dinding ini dengan penuh kepayahan tiba-tiba hanya kerana seketui bata ini, cacat keseluruhannya." Keluh tuan saudagar mengenai permasalahan yang telah merunsingkannya selama tujuh hari tujuh malam itu.

"Rupanya ini yang merunsingkan tuan saudagar selama ini ya?" tanya lelaki itu sambil tersenyum.

"Iyaaa tuan hamba. Apakah wajar aku runtuhkan kesemuanya dan bina kembali? Supaya binaan seterusnya lebih sempurna dan kukuh? Apa kata mu tuan hamba?"

Lelaki tadi tersenyum lebar lalu membalas :

"Tuan saudagar yang bijaksana, apakah hanya kerana SEKETUI BATA itu tuan saudagar mau meruntuhkan kesemua nya? Kan masih ada 499 KETUI BATA yang lain? Cuba tuan fokuskan pada 499 ketui bata yang lain yang sempurna lagi cantik tu. Tidak berbaloi dan tidak adil bilamana hanya SEKETUI BATA yang senget tapi tuan mau meruntuhkan kesemuanya. Saya pasti jika tuan berjaya alihkan fokus kepada bata-bata yang lain, sudah tentu yang senget yang cuma seketui itu akan dapat dikaburi. Begitu pandangan ku tuan saudagar." Jelas lelaki tadi dengan panjang lebar.

"Begitu juga kita sebagai manusia tuan saudagar. Kejadian kita takkan pernah sama sekali sempurna. Hanya Allah SWT yang Maha Sempurna kejadian Nya. Apakah hanya kerana SATU KELEMAHAN seorang manusia, lantas seluruh peribadi nya diburukkan? Sangat tidak adil situasi itu tuan saudagar. Maka kerana itulah kita disarankan agar sentiasa husnuzhon (bersangka baik) dengan setiap apa yang mendatang terutamanya dengan Allah SWT. Kita juga seharusnya sentiasa pandang yang baik baik supaya unsur negatif dapat dikurangkan sekali gus mengurang kan suuzon (berburuk sangka) yang mengundang dosa." Sambung lelaki itu tadi. 

Tidak berapa lama kemudian lelaki itu berlalu meninggalkan tuan saudagar yang masih konpius itu.

Termenung tuan saudagar. Ada benarnya kata-kata si lelaki tadi. Mengapa hanya fokus pada SATU keburukan sedangkan ada lagi 499 bata lagi yang elok. Sekiranya dia mengikut saranan lelaki tadi sudah tentu dia tidak akan perasan pun akan kehadiran bata yang 'cacat' itu.. 

Maka tamat lah episod kemurungan tuan saudagar.. Dia kembali ceria seperti biasa..
......................................................................

Okay jujurnya cerita ni Hani taip dan susun atur ayat sendiri (sebab tu terabuq) tapi idea asal ialah daripada seorang Tuan Lawyer budiman yang Hani jumpa atas ETS msa on the way balik Penang dua minggu lepas..

Sebenarnya cerita ni ada BANYAAAK pengajaran yang boleh sama sama kita ambil.. 

Terutamanya dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba Allah dan saudara sesama muslim..

Okay terima kasih awwaak yang baca tu.. Nak habaq cerita ni ada kisah sambungan tau! Hehe

Till then! 

No comments:

Post a Comment