Friday, 10 February 2017

Korset Murah 2017 ::: Apa itu korset? Kenapa SEMUA Nak Sarung Korset?

Apadia korset? Kenapa RAMAI yang duk tercari cari pasal korset?

Korset ni pinjaman perkataan daripada Bahasa Inggeris. Korset dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai bengkung.. Tapi tu laa sejak sejak masuk 2017 ni perkataan bengkung tu orang duk paham hat susah berbelit belit berpintal pintal tu jaa.. Takpa takpa baguih la dah ada improvement sikit kan.. ehe



Okay korset atau bengkung ni sebenarnya dipakai untuk mengekalkan bentuk pinggang dan perut, selain untuk elak daripada kembung perut akibat angin.. Tak tertakluk pada wanita sahaja, lelaki pon sama ye.. Korset pada istilahnya ialah kain lebar yang digunakan untuk membebat perut.. Baby pon memang kita pakai kan bengkung kan? kan? kan? Cumaa nama bengkung untuk baby ialah barut.. Haa gituu..

PERLU ke SARUNG KORSET ni?

Hmm.. kalau tanya Hani, SAH SAH LAAAA PERLUU SANGAT deknonnn.. bukan apa sebab korset ni selain untuk mengekalkan bentuk pinggang dan perut, korset jugak memang terbaik untuk memelihara struktur tulang belakang & postur badan.. 

Bukan tu je, sebenarnya bila kita sarung korset ni kan kan kan, kita secara tak langsung dapat jaga kesihatan dalaman. 

Sakit pinggang & Sakit belakang 

bukan mak mak yang bersalin normal dan bersalin c-zer je malah anak dara pun ada sakit pinggang tambah tambah yang drive long-distance dan yang spesis kerja memang kena duduuuk ngadap PC je kat office setiap masa.. 

Eh apa korang ingat benda simple ke sakit sakit lenguh lenguh gini? At some point boleh sampai tahap teramat sakit sampai tak boleh buat apa pun even tergolek terlentang pun serba tak kena tau..

Elak PERUT BUNCIT

Haa antara sebab lain kenapa Hani memang suggest pakai bengkung tak lain tak bukan sebab nak elak perut kembung.. Perut kembung ni lah antara punca perut buncit dalam kalangan wanita.. Masuk angin ataupun bloated haa omputih panggil (walaupun hakikatnya kau tu gemuk)..

Selalu kan jumpa golongan yang 'comel' kat bahagian perut? Ehe .. Macam mana korang rasa kalo nampak 'mereka-mereka yang comel' gitu?

Ada yang kuruuih slim tapi PERUT buncit..
Ada yang memang tak berapa kuruih (baca : gemuk) pun nampak selebet tang PERUT BUNCIT tu..
Lagi sakit mata, dah la 'comel', tapi pakai pakaian yang memang sengaja nak suruh orang lawan kira berapa spare tyre dia ada..

Ish Ish Ish (geleng mata kiri kanan) ...

Macam mana nak tahu korset terbaik & paling sesuai?

Soalan yang memang memang memang famous.. Korset terbaik? Macam mana nak tau? Okeh meh Hani share tips sikit :::

> Kualiti kain/fabrik sesuatu korset <

Korset ni kan kita nak sarung melekap kat badan kan jadinya mestilah kena kain atau fabrik yang berkualiti tinggi.. Pemilihan fabrik penting sebaab kita taknak korset yang kita pakai tu bergulung-gulung (oopss!) tambah tambah kat kawasan 'ternakan berjaya' sang lelemakss kan.. Dah kalau korset tu bergulung-gulung, celah mana dia nak berfungsi? Haa gituuu..

Sebab lain kenapa kena fabrik hat baguih ialah sebab kita akan kuat berpeluh kat kawasan-kawasan tertentu (private part) maka nya kalau fabrik rendah kualiti, sah sah tak sampai 3-4 jam kita akan jadi macam Inche Nyet, tergaru garu tanpa sedar.. Eishh malu ngat aih kan?!

Maka nya sebelum anda nak beli atau sarung sesuatu korset tu, perhatikan + rasakan + sentuh lah fabrik korset anda tuu ye cikpuan sekalian.. Check kuasa regangan macam mana, check spesis bergulung ke tak fabrik tu, panas ke tak, serap peluh ke tak, gatal-gatal ke tak.. haa banyak kan kepentingan fabrik untuk korset ni..

> Mempunyai fungsi-fungsi & ciri-ciri yang membaiki kesihatan <

Ada korset yang menjanji kan macam-macam, tapi AWAS ye cikpuan! Jangan terlalu mudah percaya dan tewas pada janji manis mu.. Ehe.. 

Okay senang cakap, pilihlah korset yang mempunyai pelbagai fungsi untuk kesihatan - contohnya berupaya untuk melancarkan peredaran darah dan jugak pakar mengalih lelemaks ke tempat yang sepatutnya..

Paling best, cari lah korset yang ada F.I.R atau nama panjang nya Far Infrared Rays.. Kenapa? sebaaab F.I.R ni kan memang teramat dan sangat membantu dalam melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.. Tau tak sebenarnya, 70% penyakit berpunca daripada ketidaklancaran peredaran darah di seluruh tubuh badan? Haa taktau la tu taktau la tu kan? kan? kan?

Nak kurus pun kena pastikan darah mengalir lancar tau? Sebab tuu TIPS KURUS paling popular ialah :: Minum Air Kosong Mengikut Keperluan Badan

> SIZE yang betul lagi tepat <



Ada korset yang free size, ada yang size S,M,L,XL dan sebagainya.. Tapi seandainya cikpuan perasan dan sedar akan hakikat bahawa setiap inci tubuh badan kita yakni wanita ni semuanya berbeza beza, tak pelik ke kalau cikpuan nak sarung pakaian dalam (baca : korset) yang sekata je semua size? Macam sarung baju pulak kan? Sedangkan bentuk tubuh wanita ni ada yang S shape, ada yang apple, ada yang pear, ada yang jagung, ada yang tong drum (oopss!) Haa fikir fikir kan laah kalau cikpuan tiba2 nak try korset yang size XL ate kononnyaa..


> TOP AGENT :: agent korset yang sah & aktif <




Okay kenapa Hani share tips agent sah ni?? Mesti lah bersebab tauu.. Okay cuba cikpuan bayangkan, cikpuan dah pun dapatkan korset terbaik (based on the criteria stated above) dengan harga sekian sekian.. Dan janji sekian sekian.. Tup tup lepas setahun, hook tercabut hatta seketul - cikpuan contact balik seller yang jual dengan harga murah (preloved korset punya kes) tapi dengan selamba selenga nya beliau cakap yang beliau dah tak buat bisnes korset.. Dumm! Agak2 kalo ada meow kat depan tengah sedap tido tu kena penerajang free tak?? Ehh jangan cikpuan, tak baikkk kacau meow, beliau tidak berdosaa.. 

Haa atas asbab gini la Hani share tips yang last ni.. Sebab korset terbaik ialah korset yang boleh disarung seumur hidup! Dan warranty pun seumur hidup! Sebab tu penting cikpuan cari trusted seller trusted agent untuk barang berkualiti ceni.. 

Okay kalau cikpuan ada lagi pertanyaan pasal korset ni, boleh lah roger roger Hani ye, alaah kita sama sama perempuan sama sama wanita kan? Apa nak malu apa nak segan kan kan..

Terima kasih sudi baca berjela jela Hani taip..
Till next time! Daaaaa............

No comments:

Post a Comment