Monday, 13 February 2017

Cantik vs. Wanita versi 2017


Wanita dan kecantikan pasti tak dapat dipisahkan betul? Mana-mana wanita sekalipun mesti mahu cantik dan terus cantik.. Apa itu cantik? 

"Beauty lies in the eyes of the beholder."

Selalu kan dengar orang petik quotes ni? 

Asal ada walimah, pasti umum tak lekang judge, ooohh cantik isterinya lagi dari suami.. ooohh segak suaminya lagi berbanding isteri..ooohhh sama-sama cantik bagai pinang dibelah dua cocoknya..

Manusia dan judgemental pun sebenarnya tak dapat dipisahkan jugak. Betul kan? 


Oleh yang demikian, benarlah cantik itu terlalu subjektif. Ada yang sukakan yang kurus melidi, ada pulak yang suka tembamtembam, tak kurang jugak yang suka sedangsedang. Itu semua bergantung kepada pendapat masing-masing..

Apa kaitan pulak antara Wanita dengan Cantik? Haaa tediaa tediaaa ~

Wanita mesti nak nampak cantik.. Tipu lah andai ada yang tak teringin pun nak cantik kan kan? Tapi kan, korang tau tak.. ada sekali Hani pernah jumpa sorang ahkak ni kan, beliau terang terangan menyatakan bahawa beliau tak berminat pun nak jadi cantik, cukup lah bersederhana.. - aduh!

Tatau lah apa motif sebenar ahkak ni tapi yang jelas beliau sedang menipu diri sendiri.. Hani tak layan pun, Hani sekadar mengiyakan je segala apa butir kata ahkak tersebut.. Ye kaak yee, suami akak tak suka akak berhias melebih lebih, Hani fahaam.. 
Bagi pandangan Hani, ahkak ni sebenarnya cuma nak sedapkan hati beliau sendiri dan menjinakkan ego beliau yang tak kemana pun.. ehe kejam kan Hani? 

Tapi bagi Hani pulak kan, memang cik abang tak kasi kita bersiap berhias melampau lampau - itu dah jadi tabarruj.. Tapi sekarang ni, Hani fokus pada kita terutamanya kaum isteri-isteri ni supaya berhias dan melaram cuma untuk suami.. SUAMI haa Hani capital semua huruf senanggg..

Pernah ke Hani state - eh ahkak ni tak mekap bubuh lipstick merah menyala TAK CANTIK - eh kakak tu pakai baju colour dull TAK BERSERI - eh makcik ni sarung tudung RM10 TAK HIJABIS - Pernah ke pernah?

Sebagai isteri, kita memang WAJIB berhias untuk suami.. cuma bagaimana cara berhias tuu terpulang pada citarasa suami memasing.. 

Tak semua suami suka isterinya tepek mekap - even cuma khas buat tatapan suami..

Tak semua suami suka isteri pakai seksi - even seksi cuma untuk nya..

Jadinya kat sini, sebenar nya Hani nak highlight, kita sebagai wanita sebagai isteri sebagai ibu, WAJIB jaga kesihatan sebaiknya kerana cantik itu datang nya dari tubuh badan yang sihat..

Tak salah invest sikit untuk kesihatan berpanjangan.. 

Tak salah pun invest sikit untuk cantik..

Sebab, kita sebenarnya sebagai wanita ni merupakan tunjang kekuatan sesebuah institusi keluarga..
Banyak sangat peranan kita sebagai wanita sebenarnya..

Akhir kata (bebel kot) Wanita perlu jaga diri sendiri supaya keluarga nya terjaga..

In sya Allah

No comments:

Post a Comment