Thursday, 9 February 2017

Being Judgemental, Layakkah Kita?

Sebagai manusia, sukar nak elak daripada terus menghukum manusia lain yang tampak salah di mata kita.. Pasti ada sahaja yang tak kena di mata kita ditambah perasa lagi apabila lidah lancang mencincang..

Orang tu gedik,
Orang tu kedekut,
Orang tu panas baran,
Orang tu sombong melangit,
Orang tu tak reti bersabar,
Orang tu tak reti berkomunikasi,

Bla bla bla semua nya statement 'menyalahkan' orang lain belaka...
Laksana kita ni malaikat langsung tak pernah buat salah kan?
Atau lebih mulia daripada para Nabi, terlalu maksum?


Orang tu berniaga,
"Ingat senang nak meniaga, tengoklah nanti lambat laun confirm dia akan cari kerja makan gaji macam kita.. Kita tengok berapa lama dia boleh bertahan.."

Orang tu pekerjaannya kutip sampah,
"Malas-malas mengaji nanti besar tak ada siapa nak ambil bekerja, haa kutip lah sampah tu sampai mati.."

Orang tu belajar kurang pandai,
"Dasar bebal. Dah bodoh tu bodoh jugak tak kira macam mana bagus pun tuk guru yang mengajar tapi dah sendiri lembab, memang tak ke mana punya lah.."

Orang tu gemuk,
"Eiii gemukk nya pompuan tu.. Mesti makan macam badak..Kalau tak jaga badan nanti sampai ke tua andartu.. Tak ada yang hendak tu tengok laa.."

Orang tu buat salah,
"Bukannya dia tak belajar agama, budak sekolah agama tapi perangai macam apa lagi.. Tengok tudung pun koi lama koi singkat.. Sia-sia je masuk mengaji agama tapi benda mudah pun tak reti.."

Pernah tak sesekali sebelum mulut lancang nak mencanang, renung diri muhasabah barang seminit dua, kenapa senang sangat kita 'menghukum' ?

Tau tak sebenarnya Allah hadirkan insan-insan istimewa macam tu sekeliling kita supaya kita sentiasa ambil iktibar agar jangan sesekali buat perkara sama? 

Tau tak yang sebenarnya tu adalah bentuk ujian untuk kita? Nak tengok sejauh mana kita tahap 'ikhlas' atau definisi ikhlas tu sendiri ialah berserah diri apa ada nya cuma pada Allah..

Lancang sangat mulut mengata orang itu ini tanpa memikirkan asbab kesalahan yang telah dilakukan, alih alih Allah uji balik perkara yang sama jadi kat diri sendiri.. Haa masa ni bila orang mula tegur dan bunyi, boleh pulak cakap "Jangan sibok! Ni hal aku."

Kenapa masa mulut sendiri lancang mengata benda yang sama sebelum ni tak fikir yang orang tu buat macam tu ada bersebab? Tak fikir ke kita ni sibok hal orang?

Kalau hukum dunia orang cakap 'karma'..

Tapi bukan karma sebenarnya cuma Allah bayar cash kat dunia..

Raba mulut anda, ingat balik apa kalimah yang telah anda tuturkan pagi ni.. Mengundang dosa atau pahala?

Sebab tu bukan sesaja kita disuruh diam dalam banyak perkara..

Astaghfirullahal azim
Moga Allah redha

No comments:

Post a Comment