Monday, 27 February 2017

Korset Murah 2017...Premium Beautiful Korset Nombor Satu





























Pernah dengar Beautiful? Beautiful ni famous nau dalam lingkungan tahun sebelum 2000.. Masa tu hani pun dengar dengar je mak mak makcik makcik duk sembang tapi tak ketahuan apakah Beautiful..

Rupa-rupanya Beautiful ni baju dalam/korset pembentukan badan..

Rupa-rupanya ramai yang dah sarung pun Beautiful..

Rupa-rupanya ramai yang dah berpuas hati dengan Beautiful..

Rupa-rupanya ramai yang dah ADA Beautiful..

Rupa-rupanya (lagi sekali) ramai yang sanggup BERHUTANG untuk miliki Beautiful!


Kalau lingkungan masa 10 tahun lepas pun rata rata wanita dah mulai sedar akan kepentingan menjaga postur badan, haruslah zaman sekarang ni wanita lebih lagi bersiap siaga nak pasang perisai kat badan memasing kan? Sebab apa hani cakap macam tu sebaaab wanita sekarang zaman milenia ni lagi berganda lasak daripada wanita 10 tahun lepas..

Walau cuma sekadar suri rumah sepenuh masa tapi rata rata berkerjaya.. Memang transformasi yang sangat baik nak nak lagi zaman ekonomi gawat sekarang ni kan? Nak bantu suami khas nya.. kaaan? Hani kagum sangat dengan anda!

Buat pengetahuan semua, korset yang dahulu nya dikenali sebagai Beautiful yang duk jadi buah mulut makcik makcik kita tu sekarang ni dah upgrade tau! Dah improved! Dan nama dia

Premium Beautiful..


Okay cukuplah kan antara mukadimah.. bukan apa, nak habaq kata sebenarnya korset Premium Beautiful ni dah lama bertapak dalam Malaysia.. Dah lebih 10 tahun pun..

Mai nak share antara sebab pasaipa Premium Beautiful ni memang dah boleh kata tradisi dari duluuu lagi.. Even hani pun memang jatuh cinta habis dengan Premium Beautiful..


Premium Beautiful ni ada TIGA BAHAGIAN :::

1) Long Bra
2) Waist Nipper
3) Long Girdle







Pertama sekali ::: Apa yang ada kat LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL yang buatkan wanita (termasuk hani) tergila-gilakan bra ni :::



  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara. 
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara. 
  • 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. 
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskanlemak yang berlebihan. 
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik. 
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk. 
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


Buat ibu-ibu yang menyusukan bayi (breastfeeding mommy) JANGAN RISAU, kerana fabric di bahagian cup sangaat laah lembut & dijamin tak akan koyak walau diselak beratus kali..

MESRA PENYUSUAN!






Manakala untuk bahagian pinggang, hani sukaaa & berkenan sangat WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL (Bengkung) sebab ada penyelarasan, dan kalau korang nak tau hani rasa sekarang pinggang dah koi cantik menarik kalau nak compare dengan dolu-dolu yang macam kayu balak jaaa..





Keunikannya terlalu banyak, kerana sokongan Waist Nipper ni membuatkan kita lebih yakin dengan pinggang kita yang se-ramping kerengga.. Dan sekiranya anda punya sejarah back pain, slip disc, scoliosis, anda sangat-sangat digalakkan memakai waist nipper Premium Beautiful, sebab sangat selesa & sedap.. 

5 minit pakai dah dapat rasa kelegaan & kurangnya sakit belakang..

  • Waist nipper mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan. 
  • Reka bentuk ergonomik yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik. 
  • Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik. 
  • Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang. Kuasa regangan 360 darjah! 
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. 
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

* Eh tapi jangan salah faham ye, pinggang ramping khas buat suami je, bukan untuk ditayang tayang tau.. Seronok bila suami rangkul pinggang dan cakap "Ramping nyaa pinggang sayangg, abang sukaa!" mau kembang pipi punya sengih.. hihihi (Ini hani punya prinsip la ye, korang terpulang lah pada korang macam mana kan.. Tiada paksaan)




Masuk bahagiaan paaalingg penting, iaitu bahagian yang tak keterlaluan kalau hani cakap WAJIB PAKAI untuk setiap wanita.. LONG GIRDLE PREMIUM BEAUTIFUL..


Setuju tak kalau hani cakap yang rata rata kita wanita memang dah sedia sarung girdle dari anak dara dari remaja dolukala?

Eh eh korang tau tak yang panty korang sarung tapi panjang sampai tutup perut tu, haa itulah girdle namanya.. Apa yang best nya long girdle Premium Beautiful ni sebabnya :::

  • 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal. 
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik. 
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik. 
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping. 
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk. 
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol. 
  • Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik. 
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita. 
  • Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.



Best kan bila kita check one-by-one ciri-ciri yang ada pada korset Premium Beautiful ni..



Andai anda sebarang kemusykilan atau pertanyaan, cara nak pakai ke cara nak jaga ke, nak repair ke, contact hani teruussss lelaju okeh! Hani berbesar hati nak share dengan you alls kebaikan korset Beautiful ni tau!











Monday, 13 February 2017

Cantik vs. Wanita versi 2017


Wanita dan kecantikan pasti tak dapat dipisahkan betul? Mana-mana wanita sekalipun mesti mahu cantik dan terus cantik.. Apa itu cantik? 

"Beauty lies in the eyes of the beholder."

Selalu kan dengar orang petik quotes ni? 

Asal ada walimah, pasti umum tak lekang judge, ooohh cantik isterinya lagi dari suami.. ooohh segak suaminya lagi berbanding isteri..ooohhh sama-sama cantik bagai pinang dibelah dua cocoknya..

Manusia dan judgemental pun sebenarnya tak dapat dipisahkan jugak. Betul kan? 


Oleh yang demikian, benarlah cantik itu terlalu subjektif. Ada yang sukakan yang kurus melidi, ada pulak yang suka tembamtembam, tak kurang jugak yang suka sedangsedang. Itu semua bergantung kepada pendapat masing-masing..

Apa kaitan pulak antara Wanita dengan Cantik? Haaa tediaa tediaaa ~

Wanita mesti nak nampak cantik.. Tipu lah andai ada yang tak teringin pun nak cantik kan kan? Tapi kan, korang tau tak.. ada sekali Hani pernah jumpa sorang ahkak ni kan, beliau terang terangan menyatakan bahawa beliau tak berminat pun nak jadi cantik, cukup lah bersederhana.. - aduh!

Tatau lah apa motif sebenar ahkak ni tapi yang jelas beliau sedang menipu diri sendiri.. Hani tak layan pun, Hani sekadar mengiyakan je segala apa butir kata ahkak tersebut.. Ye kaak yee, suami akak tak suka akak berhias melebih lebih, Hani fahaam.. 
Bagi pandangan Hani, ahkak ni sebenarnya cuma nak sedapkan hati beliau sendiri dan menjinakkan ego beliau yang tak kemana pun.. ehe kejam kan Hani? 

Tapi bagi Hani pulak kan, memang cik abang tak kasi kita bersiap berhias melampau lampau - itu dah jadi tabarruj.. Tapi sekarang ni, Hani fokus pada kita terutamanya kaum isteri-isteri ni supaya berhias dan melaram cuma untuk suami.. SUAMI haa Hani capital semua huruf senanggg..

Pernah ke Hani state - eh ahkak ni tak mekap bubuh lipstick merah menyala TAK CANTIK - eh kakak tu pakai baju colour dull TAK BERSERI - eh makcik ni sarung tudung RM10 TAK HIJABIS - Pernah ke pernah?

Sebagai isteri, kita memang WAJIB berhias untuk suami.. cuma bagaimana cara berhias tuu terpulang pada citarasa suami memasing.. 

Tak semua suami suka isterinya tepek mekap - even cuma khas buat tatapan suami..

Tak semua suami suka isteri pakai seksi - even seksi cuma untuk nya..

Jadinya kat sini, sebenar nya Hani nak highlight, kita sebagai wanita sebagai isteri sebagai ibu, WAJIB jaga kesihatan sebaiknya kerana cantik itu datang nya dari tubuh badan yang sihat..

Tak salah invest sikit untuk kesihatan berpanjangan.. 

Tak salah pun invest sikit untuk cantik..

Sebab, kita sebenarnya sebagai wanita ni merupakan tunjang kekuatan sesebuah institusi keluarga..
Banyak sangat peranan kita sebagai wanita sebenarnya..

Akhir kata (bebel kot) Wanita perlu jaga diri sendiri supaya keluarga nya terjaga..

In sya Allah

Friday, 10 February 2017

Korset Murah 2017 ::: Apa itu korset? Kenapa SEMUA Nak Sarung Korset?

Apadia korset? Kenapa RAMAI yang duk tercari cari pasal korset?

Korset ni pinjaman perkataan daripada Bahasa Inggeris. Korset dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai bengkung.. Tapi tu laa sejak sejak masuk 2017 ni perkataan bengkung tu orang duk paham hat susah berbelit belit berpintal pintal tu jaa.. Takpa takpa baguih la dah ada improvement sikit kan.. ehe



Okay korset atau bengkung ni sebenarnya dipakai untuk mengekalkan bentuk pinggang dan perut, selain untuk elak daripada kembung perut akibat angin.. Tak tertakluk pada wanita sahaja, lelaki pon sama ye.. Korset pada istilahnya ialah kain lebar yang digunakan untuk membebat perut.. Baby pon memang kita pakai kan bengkung kan? kan? kan? Cumaa nama bengkung untuk baby ialah barut.. Haa gituu..

PERLU ke SARUNG KORSET ni?

Hmm.. kalau tanya Hani, SAH SAH LAAAA PERLUU SANGAT deknonnn.. bukan apa sebab korset ni selain untuk mengekalkan bentuk pinggang dan perut, korset jugak memang terbaik untuk memelihara struktur tulang belakang & postur badan.. 

Bukan tu je, sebenarnya bila kita sarung korset ni kan kan kan, kita secara tak langsung dapat jaga kesihatan dalaman. 

Sakit pinggang & Sakit belakang 

bukan mak mak yang bersalin normal dan bersalin c-zer je malah anak dara pun ada sakit pinggang tambah tambah yang drive long-distance dan yang spesis kerja memang kena duduuuk ngadap PC je kat office setiap masa.. 

Eh apa korang ingat benda simple ke sakit sakit lenguh lenguh gini? At some point boleh sampai tahap teramat sakit sampai tak boleh buat apa pun even tergolek terlentang pun serba tak kena tau..

Elak PERUT BUNCIT

Haa antara sebab lain kenapa Hani memang suggest pakai bengkung tak lain tak bukan sebab nak elak perut kembung.. Perut kembung ni lah antara punca perut buncit dalam kalangan wanita.. Masuk angin ataupun bloated haa omputih panggil (walaupun hakikatnya kau tu gemuk)..

Selalu kan jumpa golongan yang 'comel' kat bahagian perut? Ehe .. Macam mana korang rasa kalo nampak 'mereka-mereka yang comel' gitu?

Ada yang kuruuih slim tapi PERUT buncit..
Ada yang memang tak berapa kuruih (baca : gemuk) pun nampak selebet tang PERUT BUNCIT tu..
Lagi sakit mata, dah la 'comel', tapi pakai pakaian yang memang sengaja nak suruh orang lawan kira berapa spare tyre dia ada..

Ish Ish Ish (geleng mata kiri kanan) ...

Macam mana nak tahu korset terbaik & paling sesuai?

Soalan yang memang memang memang famous.. Korset terbaik? Macam mana nak tau? Okeh meh Hani share tips sikit :::

> Kualiti kain/fabrik sesuatu korset <

Korset ni kan kita nak sarung melekap kat badan kan jadinya mestilah kena kain atau fabrik yang berkualiti tinggi.. Pemilihan fabrik penting sebaab kita taknak korset yang kita pakai tu bergulung-gulung (oopss!) tambah tambah kat kawasan 'ternakan berjaya' sang lelemakss kan.. Dah kalau korset tu bergulung-gulung, celah mana dia nak berfungsi? Haa gituuu..

Sebab lain kenapa kena fabrik hat baguih ialah sebab kita akan kuat berpeluh kat kawasan-kawasan tertentu (private part) maka nya kalau fabrik rendah kualiti, sah sah tak sampai 3-4 jam kita akan jadi macam Inche Nyet, tergaru garu tanpa sedar.. Eishh malu ngat aih kan?!

Maka nya sebelum anda nak beli atau sarung sesuatu korset tu, perhatikan + rasakan + sentuh lah fabrik korset anda tuu ye cikpuan sekalian.. Check kuasa regangan macam mana, check spesis bergulung ke tak fabrik tu, panas ke tak, serap peluh ke tak, gatal-gatal ke tak.. haa banyak kan kepentingan fabrik untuk korset ni..

> Mempunyai fungsi-fungsi & ciri-ciri yang membaiki kesihatan <

Ada korset yang menjanji kan macam-macam, tapi AWAS ye cikpuan! Jangan terlalu mudah percaya dan tewas pada janji manis mu.. Ehe.. 

Okay senang cakap, pilihlah korset yang mempunyai pelbagai fungsi untuk kesihatan - contohnya berupaya untuk melancarkan peredaran darah dan jugak pakar mengalih lelemaks ke tempat yang sepatutnya..

Paling best, cari lah korset yang ada F.I.R atau nama panjang nya Far Infrared Rays.. Kenapa? sebaaab F.I.R ni kan memang teramat dan sangat membantu dalam melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.. Tau tak sebenarnya, 70% penyakit berpunca daripada ketidaklancaran peredaran darah di seluruh tubuh badan? Haa taktau la tu taktau la tu kan? kan? kan?

Nak kurus pun kena pastikan darah mengalir lancar tau? Sebab tuu TIPS KURUS paling popular ialah :: Minum Air Kosong Mengikut Keperluan Badan

> SIZE yang betul lagi tepat <



Ada korset yang free size, ada yang size S,M,L,XL dan sebagainya.. Tapi seandainya cikpuan perasan dan sedar akan hakikat bahawa setiap inci tubuh badan kita yakni wanita ni semuanya berbeza beza, tak pelik ke kalau cikpuan nak sarung pakaian dalam (baca : korset) yang sekata je semua size? Macam sarung baju pulak kan? Sedangkan bentuk tubuh wanita ni ada yang S shape, ada yang apple, ada yang pear, ada yang jagung, ada yang tong drum (oopss!) Haa fikir fikir kan laah kalau cikpuan tiba2 nak try korset yang size XL ate kononnyaa..


> TOP AGENT :: agent korset yang sah & aktif <




Okay kenapa Hani share tips agent sah ni?? Mesti lah bersebab tauu.. Okay cuba cikpuan bayangkan, cikpuan dah pun dapatkan korset terbaik (based on the criteria stated above) dengan harga sekian sekian.. Dan janji sekian sekian.. Tup tup lepas setahun, hook tercabut hatta seketul - cikpuan contact balik seller yang jual dengan harga murah (preloved korset punya kes) tapi dengan selamba selenga nya beliau cakap yang beliau dah tak buat bisnes korset.. Dumm! Agak2 kalo ada meow kat depan tengah sedap tido tu kena penerajang free tak?? Ehh jangan cikpuan, tak baikkk kacau meow, beliau tidak berdosaa.. 

Haa atas asbab gini la Hani share tips yang last ni.. Sebab korset terbaik ialah korset yang boleh disarung seumur hidup! Dan warranty pun seumur hidup! Sebab tu penting cikpuan cari trusted seller trusted agent untuk barang berkualiti ceni.. 

Okay kalau cikpuan ada lagi pertanyaan pasal korset ni, boleh lah roger roger Hani ye, alaah kita sama sama perempuan sama sama wanita kan? Apa nak malu apa nak segan kan kan..

Terima kasih sudi baca berjela jela Hani taip..
Till next time! Daaaaa............

Thursday, 9 February 2017

Agent Sah Maharani 2017!

Ramai yang tanya makan maharani ni untuk apa??
Ape faedahnya... Mujarab keeee...?


HERBA MAHARANI



Kehebatan & Keberkesanan Herba Maharani


- Membantu menyelesaikan masalah kesuburan wanita (permasalahan ovari dan rahim seperti senggugut, keputihan, haid tidak teratur, menopause & lain²)

- Menyerlah kecantikan luaran iaitu seri muka, lebih bermaya, bersemangat, kulit halus, awet muda & memberikan kebahagiaan kepada pasangan yang berkahwin.

- Mengawal selia tekanan darah, emosi & saraf
- Membantu menyelesaikan masalah persekitaran payudara iaitu sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat & memberi keanjalan pada payudara.
- Membantu menyelesaikan masalah sengal² sendi, asma, urat timbul, peranakan jatuh(prolapse uterus), sakit pinggang & lain².
- Amalan selepas bersalin - mengelak daripada kemurungan, membantu membetulkan kedudukan - ovari,rahim& lain²
__________________________________________


Anda senantiasa letih & lesu?
Selalu mengeluh tak larat itu tak larat ini?
Anak-anak mula lasak?
Banyak kerja pejabat + Bertimbun kerja rumah?

Support diri dengan banyak tenaga dan disamping tu untuk kesihatan dalaman wanita dengan Herba Maharani...



Antara kelebihan Herba Maharani :::

✔mengurangkan senggugut
✔menyelaras kitaran haid
✔mengawal keputihan
✔memulihkan tenaga
✔melancarkan darah
✔menguatkan otot rahim
✔anti penuan
✔menghilangkan kelesuan
✔awet muda dan kesuburan



Cara makan diambil awal pagi perut kosong sebelum sarapan



cara mudah untuk mendapatkan HERBA MAHARANI untuk pembelian boleh contact Hani 019-5718408

COD sekitar Nilai, Sepang, Bangi, Kajang dan kawasan sekitarnya



Testimoni Premium Beautiful Korset 2017!

Okaaaayyy lamaaa kan Hani tak up entry dalam ni?

Maaf lah ye, I'm in the midst of adapting myself towards soooo many things, recently.. My entire life has changed almost totally veryy right now..

Kali ni Hani nak share dengan korang antara testimoni dan jugak feedback pemakai korset Premium Beautiful 2017! 

REAL TESTIMONI for REAL PEOPLE

Mereka mereka ni semua nya sarung korset Premium Beautiful bukan untuk KURUS semata mata tapi jugak untuk merawat dan mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang lazim nya kaum wanita memang ada dan tak boleh nak elak..

Kan memang korset Premium Beautiful ni sebenarnya 70% Sihat 30% Cantik? Tapi sayang nya TERLALU RAMAI yang beranggapan bahawa korset ni cuma untuk kurus? Ehh laaaa..

Koleksi testimoni yang Hani share kali ni (boleh scroll gambar-gambar sampai bawah) memang kebanyakan nya berkaitan masalah kesihatan.. Okay, nak tau apa lagi yang korset Premium Beautiful ni boleh buat selain kurus? 


Antara kebaikan lain korset Premium Beautiful :::

⏩ Sakit belakang / backpain ⏪
⏩ Slip disc ⏪
⏩ Scoliosis ⏪
⏩ Mengurangkan masalah keputihan ⏪
⏩ Mengurangkan senggugut ⏪
⏩ Melancarkan peredaran darah ⏪
⏩ Melancarkan peredaran haid ⏪
⏩ Ikhtiar alternatif untuk hamil ⏪
⏩ Set berpantang terbaik selepas bersalin ⏪
⏩ Menjaga posture badan dan tulang belakang ⏪
⏩ Mengurangkan perut geleber ⏪
⏩ Mengurangkan selulit ⏪
⏩ Membentuk / reshape badan ⏪

DAN PELBAGAI PERMASALAHAN SAKIT PUAN YANG LAIN



















































































Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh contact Hani 
019-5718408

Special Service
Special Price

Being Judgemental, Layakkah Kita?

Sebagai manusia, sukar nak elak daripada terus menghukum manusia lain yang tampak salah di mata kita.. Pasti ada sahaja yang tak kena di mata kita ditambah perasa lagi apabila lidah lancang mencincang..

Orang tu gedik,
Orang tu kedekut,
Orang tu panas baran,
Orang tu sombong melangit,
Orang tu tak reti bersabar,
Orang tu tak reti berkomunikasi,

Bla bla bla semua nya statement 'menyalahkan' orang lain belaka...
Laksana kita ni malaikat langsung tak pernah buat salah kan?
Atau lebih mulia daripada para Nabi, terlalu maksum?


Orang tu berniaga,
"Ingat senang nak meniaga, tengoklah nanti lambat laun confirm dia akan cari kerja makan gaji macam kita.. Kita tengok berapa lama dia boleh bertahan.."

Orang tu pekerjaannya kutip sampah,
"Malas-malas mengaji nanti besar tak ada siapa nak ambil bekerja, haa kutip lah sampah tu sampai mati.."

Orang tu belajar kurang pandai,
"Dasar bebal. Dah bodoh tu bodoh jugak tak kira macam mana bagus pun tuk guru yang mengajar tapi dah sendiri lembab, memang tak ke mana punya lah.."

Orang tu gemuk,
"Eiii gemukk nya pompuan tu.. Mesti makan macam badak..Kalau tak jaga badan nanti sampai ke tua andartu.. Tak ada yang hendak tu tengok laa.."

Orang tu buat salah,
"Bukannya dia tak belajar agama, budak sekolah agama tapi perangai macam apa lagi.. Tengok tudung pun koi lama koi singkat.. Sia-sia je masuk mengaji agama tapi benda mudah pun tak reti.."

Pernah tak sesekali sebelum mulut lancang nak mencanang, renung diri muhasabah barang seminit dua, kenapa senang sangat kita 'menghukum' ?

Tau tak sebenarnya Allah hadirkan insan-insan istimewa macam tu sekeliling kita supaya kita sentiasa ambil iktibar agar jangan sesekali buat perkara sama? 

Tau tak yang sebenarnya tu adalah bentuk ujian untuk kita? Nak tengok sejauh mana kita tahap 'ikhlas' atau definisi ikhlas tu sendiri ialah berserah diri apa ada nya cuma pada Allah..

Lancang sangat mulut mengata orang itu ini tanpa memikirkan asbab kesalahan yang telah dilakukan, alih alih Allah uji balik perkara yang sama jadi kat diri sendiri.. Haa masa ni bila orang mula tegur dan bunyi, boleh pulak cakap "Jangan sibok! Ni hal aku."

Kenapa masa mulut sendiri lancang mengata benda yang sama sebelum ni tak fikir yang orang tu buat macam tu ada bersebab? Tak fikir ke kita ni sibok hal orang?

Kalau hukum dunia orang cakap 'karma'..

Tapi bukan karma sebenarnya cuma Allah bayar cash kat dunia..

Raba mulut anda, ingat balik apa kalimah yang telah anda tuturkan pagi ni.. Mengundang dosa atau pahala?

Sebab tu bukan sesaja kita disuruh diam dalam banyak perkara..

Astaghfirullahal azim
Moga Allah redha